The Math Fun Use

Apa pendapat korang dengan kartun di atas? Bagi aku, kartun ini mempunyai beberapa kesignifikanan tersirat mengenai matematik yang bagi segelintir dari korang tidak suka dengan matematik malah wujud juga mempersoalkan kewajaran mempelajarinya. Jadi renungilah mesej yang ingin disampaikan daripada kartun ini.

Sementelahan berlalunya subjek peperiksaan yang aku ajar, maka menimbullah kertas2 jawapan daripada pelajar2 kelas aku di atas meja. Walaupun ada segelintir orang yang berbangga apabila pelajar2nya menjawab soalan yang dikarang sendiri (mungkin atas kapasiti mengikut giliran membuat soalan), namun aku hanya lebih berbangga sekiranya soalan yang dikarang sendiri itu dapat dijawab dengan cemerlang sekali oleh anak2 pelajar di bawah aku. Jadi apabila menanda helaian2 jawapan itu, tidaklah pening kepala sangat untuk memikirkan kewajaran pemberian markah kesian supaya mendapat juga markah walaupun hakikatnya tak perlu beri markah pun. Dalam dunia realiti, terdapat dua perkara yang menyenangkan kepala otak apabila menanda kertas jawapan ini. Yang pertama ialah sekiranya pelajar2 kita itu dapat menjawab dengan cemerlang segala soalan seperti yang telah dipelajari oleh mereka dan diajari oleh kita. Yang kedua ialah sekiranya pelajar2 itu menjawab sedikit atau tidak menjawab langsungĀ  soalan. Waaupun situasi yang kedua itu memudahkan aku dalam penandaan, namun begitu ia memberi perspektif yang berbeza sekiranya difikirkan. Sepanjang aku menanda kertas jawapan yang mana soalannya digubal oleh aku sendiri, didapati bahawa hasilnya amat teruk. Timbul persoalan di kepala otak. Apakah aku tidak cukup mengajar semua topik atau pelajar yang tidak belajar semula topik yang telah diajar? Aku tidak tahulah apa yang bermain di fikiran pelajar sepanjang pengajaran aku ini. Seolah2 macam tidak pernah belajar. Nak katakan ada pelajar yang jadi macam bawah ni, tak juga.

Mungkin selama ini tanggapan aku adalah salah apabila tiba hujung tahun. Dulu masa sekolah tak kira lah sekolah rendah ke menengah, pada hujung tahun aku selalu menganggap bahawa cikgu2 ini sudah boleh berehat. Mana taknya. Buku2 teks yang dipinjam sudah dipulang. Cikgu nak mengajar pun silibus dah habis bagi tahun ituĀ  setelah sebelumnya menghadapi peperiksaan akhir tahun. Jadi tinggal untuk bercuti sekolah sahaja. Kini apabila sudah menjawat jawatan yang mulia ini, barulah aku sedar perkara2 sebenar di belakang tabir hujung tahun ini. Banyak rupanya kerja2 perkeranian yang mesti dibereskan sebelum bermula cuti sekolah pada minggu hadapan. Sehinggakan pihak sekolah telah membuat jadual tindakan guru mengenai beberapa item penting supaya tiada yang ketinggalan. Ini juga untuk mengelakkan cikgu2 daripada dipanggil untuk bertugas semasa cuti sekolah. Yang paling berat ialah guru tingkatan. Kena menguruskan hal2 seperti pemulangan buku teks yang dipinjam, mengemaskini data pelajar, menilai sikap dan prestasi pelajar. Aduh memang tak menang tangan dibuatnya. Ditambah pula dengan kertas peperiksaan akhir tahun yang belum selesai ditanda. Lagilah haru dibuatnya. Per2 pun aku berharap semua tugas2 ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Barulah dapat bercuti sekolah dengan aman dan damai.

ulangthn_cikgu

Selamat hari ulang tahun! Hepi Anniversary! Itulah antara ungkapan yang aku ucapkan kepada beberapa rakan sekerja yang aku rapat dan akrab dalam setahun ini. Kenapakah? Sebab hari ini yang bertarikh 10hb November 2009 merupakan tempoh cukup setahun dan tarikh rasmi aku menggalas gelaran sebagai guru yang terlatih dan berpengetahuan dalam mendidik anak bangsa agar berjaya dalam bidang2 yang diceburi. Pelbagai ranjau dan duri serta pengalaman manis dan pahit yang telah aku lalui sepanjang tempoh ini. Baik dari segi hubungan di antara rakan sekerja, pengalaman menguruskan kelas, proses pengajaran dan lain-lainnya. Oleh itu, dalam bulan ini aku ingin berkongsi dengan korang semua beberapa kemasukan khas yang berkaitan dengan bidang yang aku ceburi ini. Boleh dikatakan satu pengalaman yang boleh dijadikan iktibar kepada kita semua. Jangan ketinggalan!

Sebelum ini, aku ada menyentuh berkenaan dengan notis pembayaran 14 hari PTPTN yang aku terima lebih kurang dua minggu sudah. Selaku tanggungjawab aku sebagai penghutang kepada organisasi ini, mahu tidak mahu aku berjaya juga dalam melunaskan bayaran yang diminta di pejabat pos pada hari ini. Walaupun rasa terbeban sedikit sementelahan duit gaji yang akan masuk hujung bulan, namun aku menganggap ini sebagai balasan dan dugaan atas ketidak-bertanggungjawab-an aku dalam melaksanakan amanah sebagai seorang penghutang. Aku berharap reputasi ini dapat diperbaiki dalam menjelaskan ia mengikut jadual yang telah dicadangkan oleh organisasi ini.

Aku sebenarnya nak letak beberpa cerita dalam blog kesayangan aku nih semalam. Tapi entah apa kena dengan setting blog aku. Takpe lah. Teruskan aje dengan agenda yang sudah dirancang.