Cuti hujung minggu bagi aku pada minggu ini adalah biasa sahaja. Tidak semeriah seperti minggu lepas yang mana banyak masa dihabiskan dengan bersuka ria menceriakan diri. Perkara yang banyak aku habiskan pada minggu ini ialah menyediakan kertas ujian Matematik Tambahan dan Sivik.
Iye lah dah sampai giliran. Ujian bulanan kali ke-3 ini bakal berlangsung pada minggu depan. Sekejap betul masa berlalu. Aku rasa macam baru lagi. Haha. Di sekolah aku dan aku anggap di sekolah lain pun sama, boleh dikatakan hampir semua guru yang berminat dengan perkembangan terbaru pada minggu ini telah menjadi sebahagian daripada cakap-cakap di kantin. Antara isi perbualan itu adalah tak lain tak bukan berkenaan dengan pengumuman Kementerian Pelajaran dalam pemansuhan PPSMI pada tahun 2012. Hampir semua cikgu2 terutamanya yang mengajar Sains dan Matematik kini sudah mampu menarik nafas lega dengan keputusan yang telah dibuat ini. Aku tak ingin mengupas panjang lebar dalam blog ini kerana korang semua boleh baca dalam suratkhabar tentang kesignifikan dasar ini. Dan semestinya aku menyokong tindakan pemansuhan dasar PPSMI ini yang dilihat tidak dapat memberi kelebihan kepada pelajar-pelajar di luar bandar. Ada satu perkara yang aku minat apabila mendengar ‘tagline’ ini iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkasakan Bahasa Inggeris.

Leave a Reply