Kembali Menjengah
Telah Dihantar Pada: 09/06/2011 Filed under: Aku Berkata Leave a comment »Ada orang kata sudah bersawang. Ada yang mungkin kata macam rumah tinggal. Ada juga yang mungkin kata sudah nak terkubur gamaknya. Tak lain tak bukan ditujukan kepada blog ini. Aku mengakui bahawa blog ini tidaklah untuk mengejar kemegahan atau keuntungan daripada perkhidmatan iklan blog seperti NuffNang. Dan mungkin tak ramai pengikut pun. Bagi diri ini, aku tidak memerlukan semua itu buat masa ini. Sebab segala yang diwarkahkan di sini adalah lahir dari kejujuran minda yang ingin mengekspresikan situasi dari benak empunya diri. Daya tarikan Facebook dan Twitter seantero umum mengetahui. Walaupun ia mudah untuk melahirkan kejujuran ekspresi pemiliknya. Namun, ia juga mudah untuk disalah tafsir atas keringkasan pernyataan yang mampu disiarkan. Dari situ, aku tetap ingin mengekalkan blog ini walaupun pernah beberapa kali terlintas untuk memadamkan segala warkah kejujuran blog ini.Tetapi, lintasan itu mampu ditepis oleh daya kehendak diri yang ingin terus mengekalkannya. Aku tidak ingin mewujudkan janji di sini atas komitmen untuk kekerapan mengemaskini blog. Biarlah masa yang ada menentukan.
