Yuna – Terukir Di Bintang

Ia dimulai berkenan di benak halwa telinga aku apabila Astro menjadikan ia sebagai satu lagu tema dalam salah satu iklannya. Namun, aku kini telah mendengarnya berkali-kali sejak ia dimuat turun ke dalam cakera keras komputerku. Adakah ia ada kena-mengena dengan diriku yang kembali bujang kini?


Mengemas Rumah Yang Dipukul Tsunami & Dilambung Puting-Beliung

Mengemas Rumah Yang Dipukul Tsunami & Dilambung Puting-Beliung

Dalam aku menghadapi konflik-konflik yang melanda buat masa ini, aku merasakan adalah lebih elok jikalau aku melakukan sedikit penyegaran semula kepada rumah sewaku yang tidak seberapa ini. Sementelahan ada yang berkata, segala yang positif itu bermula dari rumah. Lagipun pabila dilihatkan kepada persekitaran terkini di dalam rumahku. pasti ada yang terkaget sekiranya dilihatkan kepada segala ‘susun atur’ harta benda yang dikumpul sekian lama menyewa di sini yang kelihatan bagai dipukul tsunami dan dilambung puting-beliung yang tidak dinyatakan dalam mana-mana laporan ramalan kaji cuaca. Aku merasakan ini mungkin dapat sedikit sebanyak mengurangkan akibat kesan konflik-konflik ini yang dihdapai sebelum. Masakan aku pun sudah lama tidak melakukan tranformasi ke atas susun atur perabot rumah ini. Dibuat awalan adalah lebih baik mengesan dahulu harta benda yang tidak terpakai ataupun tidak berguna. diharapkan aku berpuas hati apabila selesai sesi mengemas ini.


Kit Anti-Tekanan

Kit Anti-Tekanan

Belum cuba, belum tahu. Jadi, selamat mencuba!!!


Konflik Melanda

Sejujurnya sejak aku jarang sekali memblogkan diri, pelbagai konflik yang telah berlaku dalam kehidupan yang perlu diteruskan ini. Aku tidak pasti di manakah terletaknya punca dan kepala sebenarnya kepada konflik ini. Apakah ia satu ujian untuk menduga aku di awal tahun ini?


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.