Mengemas Rumah Yang Dipukul Tsunami & Dilambung Puting-Beliung
Telah Dihantar Pada: 06/02/2012 Filed under: Aku Berkata Leave a comment »Dalam aku menghadapi konflik-konflik yang melanda buat masa ini, aku merasakan adalah lebih elok jikalau aku melakukan sedikit penyegaran semula kepada rumah sewaku yang tidak seberapa ini. Sementelahan ada yang berkata, segala yang positif itu bermula dari rumah. Lagipun pabila dilihatkan kepada persekitaran terkini di dalam rumahku. pasti ada yang terkaget sekiranya dilihatkan kepada segala ‘susun atur’ harta benda yang dikumpul sekian lama menyewa di sini yang kelihatan bagai dipukul tsunami dan dilambung puting-beliung yang tidak dinyatakan dalam mana-mana laporan ramalan kaji cuaca. Aku merasakan ini mungkin dapat sedikit sebanyak mengurangkan akibat kesan konflik-konflik ini yang dihdapai sebelum. Masakan aku pun sudah lama tidak melakukan tranformasi ke atas susun atur perabot rumah ini. Dibuat awalan adalah lebih baik mengesan dahulu harta benda yang tidak terpakai ataupun tidak berguna. diharapkan aku berpuas hati apabila selesai sesi mengemas ini.
