Letih Membeli-Belah.

Hari ini telah mencatat satu sejarah dalam hidup aku iaitu membeli-belah di MP sehingga lenguh2 kaki. Ya! Memang satu kenyataan tak dapat disangkal. Malahan jika dibandingkan dengan waktu outing masa zaman belajar dahulukala, pun tidak secapai tahap hari ini. Adakah disebabkan oleh faktor umur aku? Oh tidak! Aku masih muda lagi. Mungkin sebab aku dah lama tak hanging out seperti hari ini. Rancangan asalnya aku ingin membeli kasut kerja baru sementelahan kasut lama telah mengalami kerosakan yang serius. Tetapi, ketidakpadanan kasut di situ telah mengalihkan perhatian aku kepada pembelian baju2 yang harganya sungguh jatuh berdentum dengan diskaun sehingga 70%. Bagaikan memiliki satu sumber tenaga baru, aku menerawang ke seluruh seksyen pakaian lelaki (semestinyalah) dengan harapan ditemui baju idaman dan menepati kualiti yang dikehendaki. Akhirnya, tercapai jualah hasrat di hati untuk menambah koleksi peribadi di samping membasuh mata melihat keindahan ciptaan Tuhan di sekeliling diri. Walaupun begitu, pencarian kasut yang dirancang akan diteruskan demi kesediaan pada masa mendatang. Owh ye! Sebelum memenuhi tujuan utama membeli-belah ini, aku telah melunaskan aktiviti sampingan dengan menonton filem The Princess and The Frog.

Trailer rasmi: http://www.youtube.com/watch?v=cTO49-UnzSE

Ulasan yang mampu aku berikan ialah menarik dan sesuai ditonton bagi semua lapisan umur masyarakat yang inginkan kelainan menonton filem animasi berasaskan fantasi dan tidak terikat dengan stereotaip cerita dongeng yang turut diintegrasikan dalam jalan ceritanya. Tontonlah sendiri kalau inginkan kepastian. Per2 pun malam ini rehatlah wahai kakiku yang telah menanggung jisim jasmani terlampau sepanjang aktiviti siang tadi.


Twilight: New Moon

Ulasan aku:

Bagi filem ini yang diadaptasikan daripada sebuah siri novel karangan Stephenie Meyer, ia masih lagi merupakan kesinambungan kepada sekuelnya sebelum ini. Berkisar kepada percintaan di antara seorang jejaka pontianak tampan dengan seorang manusia biasa. Alangkah indah sekiranya ia realiti kehidupanku (Ish!!! kembali kepada ulasan. Ehem2x). Berbanding dengan sekuel lepas yang lebih kepada pengenalan watak2 dan permulaan cinta romantis mereka di samping pertembungan di antara pontianak2 baik dengan pontianak2 jahat, kali ini jalan ceritanya diperkembangkan kepada permainan perasaan dan emosi Bella apabila si kekasih hati, Edward Cullen telah mengambil keputusan untuk menamatkan perhubungan yang telah sedia dijalin atas faktor insiden yang telah berlaku semasa majlis harijadi Bella. Sebagai membalas rasa bersalah Edward terhadap Bella, Edward telah cuba untuk melanggar perundangan pontianak supaya dikenakan tindakan di Volturi. Untuk mengubati jiwa yang masih terluka dan bercelaru, Bella telah berbaik2 pula dengan Jacob Black yang akhirnya membawa kepada pemecahan rahsia identiti sebenar si Jacob. Aksi2 di dalam filem masih ada seperti pertembungan di antara pontianak (vampire) dan serigala jadian (werewolf). Namun beberapa aksi yang ditonjolkan adalah singkat. Pengembangan watak2 serigala jadian juga terlalu sedikit. Bagi penonton yang tidak puas hati, kenalah membeli novel Twilight sebenar untuk mengetahui sepenuhnya. Terdapat beberapa tarikan terbaru untuk memungkinkan para penonton (terutamanya wanita) untuk melihat filem ini. Cuba lihat gambar poster di bawah.

Apakah pengakhirannya? Kenalah tengok sendiri kat pawagam berdekatan.


2012

Ulasan aku:

Filem ini merupakan karya terbaru oleh pengarah yang sama menghasilkan filem Independence Day dan The Day After Tomorrow. Jadi semestinya kesan2 khas (special effects) menjadi adunan utama dalam filem berunsurkan bencana alam ini. Berdasarkan pengamatan aku, filem ini amat menarik untuk ditonton sekadar untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku sehingga diwar2kan kepada seluruh dunia mengenai tahun 2012. Walaupun banyak kesan bencana alam (seperti gempa bumi berskala besar sehingga memusnahkan dan melumpuhkan bandaraya2 di seluruh dunia; tsunami gergasi yang membadai daratan sehingga ke kawasan pergunungan yang terletaknya Gunung Everest; rantaian letusan gunung berapi besar-besaran di Taman Negara Yellowstone dan Kepulauan Hawaii) telah dihidangkan kepada khalayak penonton, namun unsur2 kekeluargaan, unsur2 kemanusiaan dan penyerlahan sifat pentingkan diri dalam berjuang untuk menyelamatkan diri demi kelangsungan hidup di muka Bumi turut tidak ketinggalan diselitkan juga dalam filem yang berdurasi 2 jam 30 minit ini. Per2 pun bagi aku, ia amatlah berbaloi dengan harga tiket yang telah dibayar untuk memenuhi kehendak sifat ingin mengetahui dalam diri.


Dapat Tengok Citer Transformers Jugak.

Hahaha. Macam budak2 je tajuk blog aku kali ni. Ingat nak taip semalam tetapi tertidur ala2 puteri raja (Ops! Maknanya tidur lena la kan) hingga ke awal pagi. Akhirnya dapat juga aku memenuhi impian untuk menonton filem ini. Iyelah kalu nak diikutkan pada hari Sabtu baru ni, aku kena pergi ke Program Sihat. Memandangkan aku tak dapat apa-apa surat dari pejabat untuk menghadiri program ini, maka aku ikut program sendiri la. Program yang aku telah fikirkan sejak berhari-hari yang lalu. Aduhai! Macam le program aku ni besar sangat sampai nak berancang2 pulak. Haha. Selalu program aku untuk hari Sabtu ni telah ‘dirosakkan’ oleh program2 terutamanya dari sekolah. Tak elok cakap macam tu ye bagi bakal2 guru di luar sana. Kena ingat itu tanggungjawab ye. Kalu aku cakap takpe. Boley? Mula2 aku ingat nak tengok wayang kat BP Mall tapi tak buka lagi terus gi kat Square One. Malas nak tunggu2 macam menunggu buah tak gugur. Dapat tengoknya pukul 12.15 tengahari. Di sini aku nak ulas sikit pasal filem yang aku dah tengok ni. Secara keseluruhannya, aku berpendapat filem ini adalah sangat terbaik dari segi kesan khas dan aksi berlawan yang ditonjolkan berbanding dengan filem pertamanya. Watak2 Transformer juga lebih banyak diwujudkan cuma tidak berapa diperkenalkan. Jadi aku tertanya2 apa la nama robot ni. Nama Transformers baru yang aku ingat ada dalam filem tu ialah Huey and Duey (robot kembar), Jetfire dan The Fallen di samping robot2 lama dari filem sebelum ini seperti Optimus Prime, Megatron, Starscream, Bumblebee, Ironhide. Rasa sedih bila tengok Optimus Prime kena bunuh oleh Megatron. Robot kena bunuh pun aku boleh ‘feeling’. Apa la aku ni. Jalan ceritanye biasa2 aja tetapi banyak unsur yang berbaur seks telah diterapkan dalam filem ini. Kategori filem ini yang aku boleh kelaskan ialah SG (Seks dan/atau Ganas). Walau apa pun ulasannya, aku amatlah berpuas hati dengan filem ini serta berbaloi dengan RM9 yang aku dah laburkan. Ditambah lagi dengan kepuasan bercuti hujung minggu yang telah lama aku idamkan.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.