Bermula Semula


Hmmm! Mungkin mulai hari ini aku akan kembali mencoretkan segala yang terbuku di benak hatiku di sini. Kalau dibuat status di Facebook, nanti hilang privasinya. Yang tidak tahan dengan komen-komen nakal yang bakal muncul. Jadi di sinilah tempat yang sesuai untuk ku mengadu. Sekian. 😿😿😿


Sedang Berbahagia


Mungkinkah Tuhan ingin mendugaku dengan rintangan ini? Kini sudah ku rasai kemanisan bahagia setelah pelbagai rintangan berjaya ditempuhi. Namun begitu, aku tidak boleh bersahaja dengan kemanisan bahagia ini. Aku perlu berjaga-jaga!!!


Rajin disanggah…


Rajin disanggah, malas menandang.

Rasa  rajin yang susah dipaksa tetapi rasa malas yang senang tiba tanpa diminta.


Jika kamu senti…


Jika kamu sentiasa dimalukan dari masa lalu hingga sekarang, maka janganlah mudah kecewa dan mengalah. Sesungguhnya dari situ, kamu akan menjadi seorang yang kuat dan tabah dalam menghadapi kehidupan yang akan datang.


Perlukah blog peribadi diketahui oleh kawan?


 

Persoalan yang mula bermain di benak pemikiran aku yang sudah lama berserabut dengan pelbagai isu yang kadang-kadang membuatkan hidup aku tidak tenteram. Hanya kepada Allah aku berserah. Entah macam mana tiba-tiba aku terungkapkan berkenaan dengan alamat blog aku kepada beberapa rakan. Aku terfikir juga apa yang perlu aku runsingkan. Mungkin akan ada sedikit keterbatasan dalam aku mengutarakan emosi di sini. Al maklumlah penulisan di blog ini senang disalah tafsir sekiranya para pembaca membacanya sekali lalu. Bukan apa. Kalau aku mengemaskini status pendek di FB pun boleh mengundang pelbagai isu. Jadi, aku merasakan mungkin aku terpasa merombak sedikit dasar penulisan peribadi aku di sini. Erm! Tiba-tiba sahaja aku ini sementelahan sudah lama tidak mengemaskini dengan berita dan cerita penulisan terkini di blog ini. Tidak aku sangka ada juga yang sudi bertandang dan memberikan maklum balas di ruang komen walaupun tajuk penulisan aku itu sudah beberapa bulan malahan ada yang bertahun lamanya diletakkan di blog ini. Terima kasih aku lungsurkan.


Yuna – Terukir Di Bintang


Ia dimulai berkenan di benak halwa telinga aku apabila Astro menjadikan ia sebagai satu lagu tema dalam salah satu iklannya. Namun, aku kini telah mendengarnya berkali-kali sejak ia dimuat turun ke dalam cakera keras komputerku. Adakah ia ada kena-mengena dengan diriku yang kembali bujang kini?


Mengemas Rumah Yang Dipukul Tsunami & Dilambung Puting-Beliung


Mengemas Rumah Yang Dipukul Tsunami & Dilambung Puting-Beliung

Dalam aku menghadapi konflik-konflik yang melanda buat masa ini, aku merasakan adalah lebih elok jikalau aku melakukan sedikit penyegaran semula kepada rumah sewaku yang tidak seberapa ini. Sementelahan ada yang berkata, segala yang positif itu bermula dari rumah. Lagipun pabila dilihatkan kepada persekitaran terkini di dalam rumahku. pasti ada yang terkaget sekiranya dilihatkan kepada segala ‘susun atur’ harta benda yang dikumpul sekian lama menyewa di sini yang kelihatan bagai dipukul tsunami dan dilambung puting-beliung yang tidak dinyatakan dalam mana-mana laporan ramalan kaji cuaca. Aku merasakan ini mungkin dapat sedikit sebanyak mengurangkan akibat kesan konflik-konflik ini yang dihdapai sebelum. Masakan aku pun sudah lama tidak melakukan tranformasi ke atas susun atur perabot rumah ini. Dibuat awalan adalah lebih baik mengesan dahulu harta benda yang tidak terpakai ataupun tidak berguna. diharapkan aku berpuas hati apabila selesai sesi mengemas ini.