Aku Kini di Flickr. Pindah Ke Rumah Sewa. Membeli-Belah di Batu Pahat. Berakhirnya Tahun 2008.


1. Selaras dengan minat aku dalam bidang seni fotografi dan juga kegilaan aku dalan menjalin hubungan rakan dalam rangkaian sosial yang kini menjadi trend di alam siber, kini aku telah mewujudkan diri aku di salah satu laman web perkongsian foto yang terkenal iaitu Flickr (http://www.flickr.com). Oleh itu, aku juga telah mewujudkan satu ‘link’ atau sambungan di bahagian Rangkaian Sosial Aku supaya korang boleh melihat koleksi foto yang aku kumpul sekian lama. Berikut adalah petikan kata di profil Flickr aku:
Aku seorang yang amat meminati bidang seni fotografi……….
Kadang-kadang ia boleh membuat kita terpegun dengan calitan seni yang terungkap di dalamnya………
Yang mana seni itu boleh dirungkai tafsirannya dengan pelbagai cara bergantung kepada siapa pemerhati dan pengkritiknya…….
Ia boleh terjadi sama ada dengan sengaja dan tidak sengaja………
Ia juga boleh membentuk kita supaya menjadi seorang yang teliti dan mempunyai halus jiwanya………..
Serta dapat memperkembangkan kemahiran yang dimiliki supaya menjadi lebih kreatif dan kritis pemikirannya…………
Itulah ia seni fotografi………
2. Setelah sekian lama menumpang di rumah atuk aku, kini aku telah berpindah ke rumah yang telah aku sewa sejak lebih sebulan yang lalu. Boleh dikatakan rumah sewa ini agak selesa dengan beberapa kelengkapan perabot seperti kerusi sofa, meja makan, katil masih lagi elok sementelahan ditinggalkan oleh tuan rumah yang telah berpindah ke rumah barunya yang lebih besar. Memandangkan ruangan di rumah atuk aku agak terhad, terpaksalah aku berpindah keluar walaupun atuk aku agak keberatan untuk melepaskan aku. Iye lah atuk mana tak sayang cucu. Tapi dia sudi melepaskan aku sebab dia tahu aku memang dah biasa berdiri di atas kaki sendiri semenjak di sekolah menengah lagi. Lagipun, bukan jauh sangat pun rumah sewa aku dengan rumah atuk aku. Dalam 5-10 minit naik kereta sampailah. Tambahan pula, aku memerlukan ruang yang agak besar untuk diletak dan ditampung dengan pelbagai barang penting yang aku bawa dari rumah untuk mengharungi kehidupan sebagai guru yang entah berapa lama akan aku mengajar di sekolah itu. Mana tau mungkin satu hari aku akan kembali jua ke negeri warisan dunia iaitu Melaka.
3. Jualan murah masih belum tamat. Jadi aku bersama Azad telah pergi ke pasaraya Carrefour untuk membeli beberapa barang kelengkapan bilik aku yang masih lengang. Lagipun, aku cuma nak tau jalan untuk ke pasaraya itu supaya senang lepas ni kalau ada barang yang nak dibeli. Sebab aku dah merayau di pasaraya lain takde barang yang berkenan. Mujur ada Carrefour. Satu lagi terima kasih kat Azad sebab sudi belanja aku minum pagi kat kopitiam Rengit Coffee yang terletak di Carrefour tu. Jadi aku telah memilih untuk makan ‘Lemon Chicken Sandwich’ dan ‘Milk Mocha’. Sedap jugak rasanya. Barang-barang yang aku beli seperti papan menggosok, pemutar skru, rak kayu kecik, ‘garment rack’, ‘garment wardrobe’. Entah tiba-tiba boleh terbeli pulak sehelai baju dan dua pasang seluar track. Habis la jugak dalam RM200 lebih kurang. Selesai membeli-belah di Carrefour, kitaorang bercadang pulak untuk pergi makan kat satu kedai nasi beriani paling terkenal di Batu Pahat iaitu Nasi Beriani Mat Shah. Kedainya terletak di ‘foodcourt’ Peserai. Waktu kitaorang gi situ memang ramai orang menikmati nasi beriani di situ. Terjumpe pulak sorang cikgu sekolah merangkap rakan sekerja aku iaitu Cik Norul. Lagi sekali Azad belanja. Aku cuma belanja air limau ais je. Sedap jugak airnya. Walaupun begitu, pada hari tersebut aku berasa puas sebab akhirnya dapat jugak melengkapkan bilik aku serba sedikit.
4. Bersempena hari ini adalah bertarikh 31 Disember 2008, aku paksa jugak diri aku untuk mengemaskini dan membuat catatan terakhir sebagai simbolik sebelum menjelangnya 1 Januari 2009. Segala apa yang aku rasakan, apa yang aku capai pada tahun ini biarlah aku simpan sahaja di benak kepala otak aku ini. Memang diakui tahun ini macam-macam peristiwa gembira, sedih telah aku alami. Mengenai azam pula, aku tidak ada sebenarnya. Tapi apa yang telah aku fikirkan kini ialah untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan aku iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh itu, di sini aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009M serta sedikit terlewat untuk mengucapkan Selamat Maal Hijrah 1430H. Semoga hidup kalian semua diberkati selalu.


3 Komen on “Aku Kini di Flickr. Pindah Ke Rumah Sewa. Membeli-Belah di Batu Pahat. Berakhirnya Tahun 2008.”

  1. Megs berkata:

    kate minat fotografi…tempeklaa gmbr kt sini jugak..baru sronok nak scroll2…
    apa2pun selamat tahun baru 2009..
    semoga impian sume menjadi kenyataan..
    sukses selalu sebagai seorang guru yang berdedikasi…

  2. i-nie berkata:

    ceh. umah dokek je ngan umah atok. takde masalah nk jenguk2. hehe. kampung mane eh??

  3. Megs berkata:

    Mizan saya cilok satu gambar awak kat flickr k??tapi saya dh kreditkan nama n link kan blog n flickr awak…ok laa kan???


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s