Menjelangnya Tahun 2009. Kena Bantu Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1. Panggilan Dari Sekolah.


1. Kini kita telah masuk tahun 2009. Aku tahu masing-masing dah ader azam yang terbaik untuk dicapai oleh diri masing-masing sepanjang tahun ini. Walaupun begitu, bagi aku tahun ni adalah tahun yang akan menguji sejauh mana aku dapat mengadaptasi dan mengasimilasi sepenuhnya hidup aku dalam dunia pendidikan ini yang penuh dengan pelbagai dugaan dan pancaroba dalam menghadapi karenah guru merangkap rakan sekerja aku dan pelajar-pelajar sekolah yang bakal menjadi anak didik aku. Selain itu, pada tahun ini juga aku akan dapat melihat adakah aku dapat mengaplikasikan segala teori pendidikan yang telah dipelajari di universiti selama 4 tahun itu? Aku selalu mendengar kata-kata guru senior semasa praktikal dahulu bahawa ada beberapa aspek yang tidak kurang pentingnya di dalam dunia pendidikan ini masih tidak terdapat di dalam silibus yang diajar di universiti. Mungkin ia benar atau mungkin juga tidak benar bergantung kepada situasi yang dialami oleh sekolah tempat kita mengajar. Bagi aku, gunakanlah kebijaksanaan yang kita ada untuk mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajari itu sebab bukan semuanya tidak sesuai. Malahan ada yang amat bagus untuk dipraktikkan di sekolah. Tetapi kadang-kadang kita tak dapat nak mempraktikkannya disebabkan oleh kekangan masa, situasi, bajet dan kemudahan yang ada di tempat itu. Oleh itu, kepada semua kengkawan yang dah jadi cikgu tu, aku ingin mengucapkan selamat mengharungi dunia pendidikan. Semoga kalian dapat menjadi cikgu yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
2. Ini pun merupakan salah satu dugaan yang perlu dihadapi oleh cikgu. Bertugas pada hari cuti umum apabila telah dilantik dalam sesuatu jawatankuasa. Tapi nasib baik cikgu dah cuti panjang masa musim cuti persekolahan. Aku bukan nak citer pasal isu cuti ni tapi nak citer pengalaman aku tidak sengaja terlibat dalam pendaftaran pelajar Tingkatan 1 ni. Pada 1 Januari yang lepas (cuti umum tahun baru tu), aku dan ‘housemate’, Peja telah pergi ke sekolah sebab kena tolong susun kerusi meja pelajar atas arahan Kak Shikin (sebab aku menjadi AJK di bawahnya) dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar Tingkatan 6. Tugasan sebenarnya ialah kami kena susun kerusi meja dan mengalihkan meja kerusi yang terlebih terkurang di semua kelas di sekolah itu iaitu dari Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 6. Itu tugasan aku sebenarnya pada hari tu. Tapi entah semena-mena ada panggilan dari Kak Nurol suruh jadi penjaga kaunter pendaftaran Tingkatan 1 sebab seorang cikgu tu tak datang atas alasan ada kecemasan. Jadi duduk la aku di situ dan secara automatik jadi AJK pendaftaran. Dan syukur takde masalah semasa aku jaga di kaunter tu. Ibubapanya baik2 aje. Cuma dapat melihat bagaimana perbezaan ibubapa yang berpendapatan sederhana dengan ibubapa yang berpendapatan rendah. Rasa tersentuh hati pun ada bila mengenangkan anak yang ibubapanya berpendapatan rendah yang belajar dalam serba kekurangan berbanding dengan anak yang ibubapanya ok. Nasib baik kerajaan ada menyediakan peluang-peluang untuk memohon biasiswa pendidikan kepada ibubapa ini. Jadi dapatlah meringankan beban ibubapa ini dan anak mereka belajar dengan tenang menggunakan kemudahan yang telah diberikan.
3. Petang semalam, aku telah menerima satu panggilan dari sekolah aku. Terkejut jugak. Pada mulanya aku pikir sekolah suruh aku datang ‘on the spot’ ke padahal aku dah balik Melaka masa tu. Rupa-rupanya dia hanya nak bagitau bahawa aku kena jadi guru kelas untuk Tingkatan 2 Melati. Dan arahannya supaya aku memeriksa kelas itu agar lengkap kerusi meja dan peralatannya. Tak sangka kena jadi guru kelas jugak aku. Nampaknya aku kena berlatih nak cakap apelah dengan budak ni pada hari pertama.


3 Komen on “Menjelangnya Tahun 2009. Kena Bantu Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1. Panggilan Dari Sekolah.”

  1. Megs berkata:

    Mizan. saya kagum sangatla dengan gaya bahasa awak. mantap habis..tak nak cuba buat novel ke?? cerpen at least?? ataupun jadi penulis lirik cam habsah hassan ke???mesti meletop ni…

  2. i-nie berkata:

    aku pon kagum maaa… ko dulu blaja b.melayu ke kat UKM. hehe. aku pun jadi cikgu kelas maaa…. haha.

  3. Anonymous berkata:

    mijan wah hebat…
    dpt jdk guru kelas tugas yang agak mencabar tau…-munirah

    my blog at this ad….
    rachelbellaisabel@gmail.com…under name of my life,my world my soul…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s