Politik Tanahair Kita Kembali Bergegar.


Amat mengejutkan kalau kita baca peristiwa politik akhir-akhir ini di mana terpampangnya di dada akhbar media arus perdana kita dan tidak terkecuali di aliran media alternatif yang kita tahu. Aku juga tidak terkecuali untuk turut mengikuti perkembangan ini. Dan sememangnya aku suka kalau perkara berkenaan bab politik ni. Hampir semua media ini memaparkan mengenai bagaimana kejatuhan kerajaan negeri Perak yang di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat hasil daripada apa yang boleh dikatakan sebagai ‘tangan ajaib’ BN. Seperti yang kita maklum, Badan Perhubungan UMNO Perak kini telah dipimpin oleh TPM kita. Oleh itu, dengan menggunakan kepakaran ‘melesap’ yang dimilikinya sebelum ini, akhirnya ketiga-tiga ADUN yang berjaya dilenyapkan sebelum ini dapat dijelmakan semula sebagai calon Bebas yang diyakini berpaksikan kepada BN. Ditambah lagi dengan keputusan Datuk Nasa yang telah mengisytiharkan telah keluar dari UMNO, mengejutkan kita dengan menyatakan untuk kembali semula ke pangkuan UMNO. Pelbagai reaksi berbeza dari pemimpin berkaitan turut aku dengar mengenai cara kejatuhan kerajaan negeri Perak ini. Yang paling menarik, aku juga mendapati ada beberapa orang UMNO yang berpengalaman tidak bersetuju dengan kuasa ‘tangan ajaib’ BN ini. Berdasarkan apa yang aku faham, mereka mengatakan bahawa ia boleh membawa kesan buruk kepada UMNO yang masih lagi dalam usaha pemulihan kerana sanggup menerima dua orang ADUN yang akan dibicarakan dengan tuduhan rasuah seks pada 10 Februari ini. Boleh tak korang bayangkan UMNO sanggup menerima orang yang macam ini? Selain itu, ia juga turut boleh memberi kesan kepada BN dalam menghadapi PRU13 yang akan datang. Malahan Tun Dr. Mahathir juga tidak ketinggalan turut meluahkan pandangan beliau terhadap perkembangan ini dan kurang bersetuju dengan tindakan yang diambil ini. Dikatakan juga, kenyataan SPR mengenai pengesahan surat peletakan jawatan oleh dua ADUN tersebut sebelum ini juga turut dikaitkan dengan strategi BN untuk mengelakkan pilihanraya diadakan kalau berdasarkan perkembangan pilihanraya kecil sebelum ini yang berpihak kepada Pakatan Rakyat. Oleh itu, marilah kita sama-sama renungkan sampai bila politik kita perlu macam ini. Kasi matanglah sikit. Biar sesuai dengan usia kemerdekaan negara kita yang dah 52 tahun. Rakyat pun dah pandai fikir tentang agenda yang sedang berlaku sekarang ini.

Nota: Kemasukan [entry] ini bukan bermaksud aku ni pro-Pakatan Rakyat. Tapi sekadar untuk meluahkan pandangan aku mengenai peristiwa yang berlaku di tanahair kita ini. Pandangan ini adalah hasil pembacaan aku di blog, media arus perdana dan tidak ketinggalan media alternatif.


One Comment on “Politik Tanahair Kita Kembali Bergegar.”

  1. mohd israa berkata:

    Ni yang dikatakan political chaos! .. aku muak dengan semua ni. kita lebih sibuk berpolitik & melupakan benda yang patut diberi perhatian. dua-dua pihak (Kerajaan & Pembangkang) macam !@#@. Aku tak tahu sape betul & sape salah & kita cuma rakyat biasa yang terperangkap dalam permainan ahli politik yang macam !@#$ ni. Kalu macam ni lah lupakan 2020. but anyway may god bless us & our beloved country.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s