Diari Lawatan Aku di UKM Bahagian 1


Hari Pertama:

Sebenarnya lawatan ini tidak aku rancang. Idea datang secara tiba-tiba je di benak kepala aku ni. Kebetulan pula cuti sekolah. Jadi aku pikir kalu dok umah pun bukan buat apa mende. Setelah mengesahkan kedatangan aku pada kawan baik aku yang akan ditumpang biliknya beberapa hari sebelumnya, maka bermulalah perjalanan aku ke UKM dengan dipandu sendiri oleh aku pada hari Jumaat. Bagi aku, pada hari itu mencatatkan sejarah buat diri ini kerana kali pertama memandu dalam jarak yang paling jauh setakat ini. Selepas memberitahu jiran supaya melihatkan rumah sewa aku tu semasa cuti ini, aku pun bertolak dahulu ke rumah atuk aku untuk disimpan laptop kepunyaan sekolah. Takkan aku nak heret sampai 2 laptop kat umah. Berat tu. Ingatkan aku dapat terus je gi UKM tu. Tapi niat tu tersekat sebab atuk aku bagi beberapa pisang tanduk untuk dibawa balik. Nak tak nak terpaksa balik ke umah jap untuk antar pisang tu. Berehat kejap kat rumah aku. Dalam jam 12.40 tengahari, perjalanan aku ke UKM pun bermula. Rasa gementar pun ada jugak. Maklum la pertama kali punya pasal. Dalam nak dekat pukul 3 petang, akhirnya aku sampai di UKM  dengan selamatnya. Aku pun dah sedia maklum bahawa pada hari tu KUO sedang menganjurkan Karnival Varia-C . Matlamat aku sebenarnya bukan kerana karnival tapi sekadar ingin bertemu dengan rakan baik yang dah lama tak jumpe. Meskipun aku masih lagi keletihan akibat dari pemanduan yang jauh itu, aku gagahi jua tubuh aku ni untuk makan bersama Pendy di kafe UO dan melihat pertandingan nyanyian yang sedang berlangsung. Terjumpe juga dengan Hakim yang turut menjadi peserta. Dia ni kalu bab menyanyi memang no. 1. Keletihan aku dah meningkat ke tahap maksima, maka aku pun naik ke bilik dan terus menghempaskan badan di atas katil. Lena terus aku. Pada malamnya, Ehsan telah mengajak aku ke satu tempat makan yang agak ekslusif di Bangi iaitu San Francisco Cafe. Pemanduan aku ke tempat itu telah dibantu oleh kawan aku ni selaku petunjuk arah jalan. Oh ye pada malam itu hujan turun dengan agak lebat. Tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk menikmati makanan di kafe itu walaupun berlaku kekeliruan oleh pihak kafe dalam menghidangkan pesanan kami. Tak cukup dengan makan tadi, kami bergerak pula ke McD yang terletak berdekatan sebagai tambahan menu kami. Pada masa itu aku fikir abis musnah diet aku kali ni. Nak buat caner. Huhu.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s