Diari Lawatan ke UKM: Bahagian 2


Hari Kedua:

Untuk hari kedua, aku berasa agak bosan sikit sementelahan kawan aku ni tiada disebabkan penglibatannya dengan karnival kolej tu. Jadi awal2 pagi tu macam biasa la aku telah gi makan kat kafe di bawah tu. Selepas makan tu, aku kembali ke  bilik dan menghadap kemabali laptop yang aku bawa untuk melihat sebarang kemaskini terbaru di Facebook aku. Baru aku teringat untuk melawat seorang lagi kawan yang dok di kolej Amin iaitu Pendy. Maklum la dah lama tak jumpa. Jadi bolehlah mengisi kebosanan aku pada masa yang sama. Agak lama juga aku di sana. Pelbagai citer yang dibualkan. Sempat kawan aku ni mengajak untuk gi makan tengahari kat luar dan semestinyalah dibawa oleh aku. Petangnya aku diajak pula untuk ke Alamanda menemankan si Ehsan ni membeli-belah sambil mencuci mata. Balasannya aku telah dibelanja makan di Noodle Station. Itulah kali pertama aku makan kat situ. Yang paling aku suka ialah air yang aku pesan iaitu Ice Honey Lemon Tea. Best!!!

Hari Ketiga:

Hari ini adalah hari terakhir aku di UKM ni. Sempat aku pada paginya pergi ke bank CIMB yang ada kat Pusanika untuk membayar hutang pinjaman PTPTN yang telah tertunggak. Iye la surat amaran dah sampai. Sekurang2nya aku bayar je la walaupun sikit. Karang tak pasal2 kena dakwa kat mahkamah pulak. Malu nanti. Hari ni juga kau tak banyak bergerak ke mana2. Hanya dok dalam bilik mengemas apa2 yang patut supaya takde barang tertinggal. Cuma tengaharinya aku dan Ehsan keluar makan kat Restoran Azura. Itupun orang belanja lagi. Terima kasih la kat kawan aku ni sampai dua kali belanja aku. Lepas makan tu, kami pun singgah kejap kat Guardian yang tak jauh dari restoran tu. Terbeli aku satu produk yang dicadangkan oleh kawan aku ni. Dan sebenarnya memang aku nak cuba produk tu. Kalu bagus, aku beli lagi la. Demi kesihatan diri katakan. Balik ke bilik, tiba2 rasa mengantuk pulak lepas mengemas. Terus terlelap. Bangun2 je dah pukul 4.30 petang. Terlepas jadual aku untuk bertolak dalam pukul 4. Apabila melihat jam semakin menghampiri ke pukul 5, aku pun mula bergerak untuk pulang ke Melaka walaupun kelihatan awan gelap yang menandakan hujan akan bermula. Tapi redah juga lah sebab mak bapak aku dah tanya bila nak balik. Per2 pun aku nak ucapkan berbanyak terima kasih daun keladi kerana sudi menumpangkan aku di biliknya di sepanjang lawatan peribadi aku ni.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s