Kesibukan Diri Yang Semakin Meningkat.


Dah lama betul aku tak mengemaskini blog baru. Walaupun apa pun, hari ni aku dapat jugak mencuri sedikit masa untuk menambahkan lagi kemasukan terkini dalam blog ini. Sememangnya seperti yang telah dinyatakan dalam tajuk, aku kini sibuk dengan pelbagai peristiwa yang akan berlaku di sekolah aku. Untuk esok ni pun, aku akan terlibat dengan pertandingan kriket bagi peringkat daerah Batu Pahat yang mana sekolah aku menjadi tuan rumahnya. Nasib baik tugas yang perlu aku laksanakan tidak berapa membebankan aku malahan telah menarik minat aku. Tugasnya ialah aku kena amik gambar semua peristiwa yang berlaku dalam pertandingan itu. Mudahkan. Ditambah pula aku tak perlu berada seharian di padang tu. Cuma pada masa tertentu sahaja. Lega sangat sebab dapat aku kembali ke kelas aku untuk menghabiskan sedikit tajuk Sains yang belum diajar. Kesian budak2 aku nak kena hadapi ujian minggu depan. Walau bagaimanapun, aku telah sempat juga menyiapkan nota-nota yang berkaitan supaya sekurang-kurangnya mereka dapat blaja sendiri kat umah. Kalu diimbas kepada markah ujian mereka sebelum ini, memang sangat menyedihkan. Aku harap kali ni mereka dapat memperbaiki lagi keputusan ujian kali ni. Yang paling menggembirakan aku ialah mulai bulan 4 ni iaitu minggu depan, aku akan mula mengajar opsyen Matematik disebabkan berlaku rombakan jadual besar-besaran oleh pihak sekolah. Subjek yang dicadangkan untuk aku ajar nanti ialah subjek Matematik Tambahan. Subjek yang bagi aku paling mencabar untuk diajar kepada bebudak ni. Kepada korang yang pernah mengambil subjek ini, mesti tau kan cabaran dalam memahami dan menyelesaikan segala masalah dalam soalan Matematik Tambahan. Semasa cikgu Bahri mengusulkan tawaran mengajar subjek ini kepada aku, tanpa berfikir panjang terus aku menyetujuinya. Sebab bagi aku, aku lebih rela disuruh mengajar Matematik Tambahan berbanding Sains Ting 2. Entah la kenapa aku boleh berpandangan sebegitu sekali. Selain terlibat dengan pertandingan kriket, aku juga turut terlibat dengan pertandingan teknologi roket di mana aku dikehendaki menjadi guru pengiring bagi wakil pelajar sekolah aku. Aku terima je lah sebab ketua bidang Sains yang datang mengusulkan tawaran ini kepada aku. Aku merasakan agak menarik juga jika aku dapat pergi ke pertandingan macam ni kerana dapat melihat kreativiti peserta sekolah masing2 dalam mencipta teknologi roket dengan hanya menggunakan botol air sebagai bahan asasnya. Satu lagi aku pun kena siapkan proposal untuk kajian tindakan. Menambahkan beban guru je kejenya. Aku tak pasti la bila kesibukan ni akan berakhir. Ada je benda baru yang sampai kat meja aku. Huhu.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s