Pertandingan Mencipta Teknologi Roket; Pengalaman Baru Dalam Bidang Pengacaraan


1. Hari ni aku dan seorang rakan sekerja yang dipanggil Abang Halim telah mengiringi pelajar untuk menyertai pertandingan mencipta teknologi roket. Bahan utamanya adalah hanya dengan menggunakan botol air sahaja. Jadi untuk memastikan keberkesanan penerbangan roket itu dengan menggunakan kuasa tekanan air, kreativiti para pelajar amat dikehendaki bagi melonjakkan lagi keupayaan roket itu. Jadi, dapatlah aku melihat pelbagai bentuk roket yang dibawakan oleh sekolah masing-masing. Dalam pertandingan ini ada dua kategori iaitu catatan masa yang paling lama di udara [parachute] dan sasaran terbaik [target]. Punye la aku kena tunggu dari pagi sampai la ke petang sebab kena tunggu giliran untuk pelepasan roket. Rasa menyesal pulak aku tak ikut mesyuarat PIBG hari ni. Terima kasih kat Abang Halim aku ni sebab belanja aku makan tengahari. Aku kena paergi pertandingan ni bukan kosong2 je. Aku telah diarahkan oleh guru ketua bidang aku untuk mengutip pengalaman dalam pertandingan ni supaya lepas ni aku dapat jadi pengurus pasukan roket kelak. Dalam bulan 5 ni pulak, aku kena iring pelajar untuk ke pertandingan robotik. Bagi aku, semua ini adalah satu pengalaman yang menarik untuk dikutip sebab aku dapat melihat bagaimana pelajar dalam meluahkan kreativiti rekacipta mereka dalam bentuk pertandingan seperti ini.
2. Tanpa mengenal erti penat pada siang harinya walaupun hakikatnya aku dah tido kejap, maka pada waktu malamnya aku dikehendaki menjadi pengacara majlis bagi majlis perpisahan seorang guru GPK sekolah aku. Semua ini adalah gara2 kawan aku, si Fairus yang bersungguh2 memujuk aku untuk menjadi pengacara majlis ini sementelahan dikatakan semua guru yang dirayunya telah menolak pelawaan itu. Aku pun kesian jugak kat dia. Jadi tolong la kawan. Dia pun dah siap buatkan skrip. Benda yang pertama kali ni biasanya akan banyak maklum balasnya. Jadi antara maklum balas yang aku dapat ialah suara aku agak mendatar, macam baca skrip dan macam2 la. Nak buat cam ner. Bidan terjun katakan.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s