Dari Cubaan Pertama Kini Berputiknya Ketagihan; Cakap-Cakap Negatif Guru Senior


1. Agak menarik juga tajuk kemasukan baru blog aku hari ni. Apa kebendanya yang cubaan pertama tu ha? Sampai naik ketagihan pulak lagi? Bunyi macam bahaya je atau kalu difikirkan secara negatifnya macam tak senonoh. Hehe. Sebenarnya cubaan pertama yang aku dimaksudkan di sini ialah cubaan aku untuk bermain bowling pada petang tadi. Semua ini adalah gara2 Kak Yam yang telah mengajak aku semasa balik di sekolah. Padahal keje masih bertimbun kat meja. Masih boleh pergi bersuka-ria. Pada aku, aku tak kisah asalkan dapat melepaskan tekanan yang telah membelenggu di benak kepala aku ini setelah sekian lama dikumpulkan. Sebelum ni, Kak Yam and da gang ada ajak aku sebelum ni tapi pada masa tu aku sibuk sikit. Sorang lagi kawan aku, si Koh tu pulak Kak Yam kata dah ketagih dengan bowling sejak kali pertama dia main. Jadi hari ni aku pun dah berjangkit sama macam si Koh ni. Petang tadi antara yang turut menyertainya ialah Kak Yam, Kak Mar, Koh, Kak Zam, Hafiz dan Kak Hasralda. Memang happening la petang tadi. Kak Hasralda dan aku pulak adalah pemain baru dalam dunia bowling ni. Oleh itu, jatuhan pin kami berdua tidaklah sebanyak berbanding rakan pasukan yang lain. Tetapi kalu dilihatkan kepada skor jatuhan pin pada papan skor, didapati bahawa boleh tahan juga la bagi yang orang pertama kali main bowling macam aku ni. Mereka selain aku dan Hafiz siap nak sambung main lagi. Tapi aku dah malas nak sambung. Cukuplah setakat petang tadi. Mengikut kata Kak Yam, bagi orang tak pernah main bowling akan lenguh bahu pada keesokan harinya. Aku tak pastilah keadaan bahu aku setakat ni. Mungkin ada benarnya kata Kak Yam tu sebab aku dah mula merasai sedikit lenguh tu. Cuma aku tak tahu setakat mana tahap lenguh itu akan mempengaruhi prestasi aku di sekolah esok. Aku tunggu je la. Nasib baik sekolah ada ujian bulanan. Rehat kejap dari tugas2 mengajar. Nanti yang beban sikit bila dah abis hari ujian tu. Aku nak kena tanda kertas untuk kelas yang aku ajar. Huhu.
2. Hari ni aku sudah mula mendengar cakap-cakap negatif dari beberapa guru senior mengenai organisasi kami dalam KEBIRU atau nama panjangnya Kelab Bilik Guru. Kawan2 aku yang lain pun turut dengar sama. Bermula dari pengutipan duit yuran hinggalah ke majlis perpisahan yang baru dianjurkan baru2 ni. Ada cikgu senior yang suka over tu sudah mula menuduh kami tak pandai buat kerja. Wahai guru2 senior sekalian! Kalu dah tau kami tak berapa mahir dalam kelab ni, kenape serahkan bulat2 jawatan ni kepada kami yang masih baru ni? Biarlah bagi jawatan yang kecik2 dulu. Ni tak terus lantik dalam jawatan tertinggi. Tu lah akibatnye kalu semua benda nak serah kepada cikgu baru. Mentaliti tu kena tukar sikit. Sekurangnya biarlah cikgu senior pegang dulu jawatan tertinggi tu dan kami ikut dari belakang. Bila dah rasakan kami dah sesuai pikul tanggungjawab tu baru la serahkan sepenuhnya. Tu baru betul konsepnya. Pengalaman apanya kalu takde panduan dari cikgu senior yang lebih berpengalaman.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s