Hasil Yang Masih Menghampakan; Bakal Bertukar Opsyen; Tugas-Tugas Baru.


1. Minggu ni sekolah aku telah mengadakan ujian bulanan kali yang kedua. Cepat masa berlalu sampai tak sedar. Yang bestnya pada waktu ujian kat sekolah ni ialah cikgu tak perlu nak mengajar. Tetapi hanya perlu dok di kelas sebagai pengawas peperiksaan. Yang paling aku suke semasa minggu ujian ini ialah suasana senyap dan aman yang menyelubungi seluruh sekolah. Namun suasana ini hanya berlangsung selama tiga hari sahaja. Abis je hari ujian, satu keje baru yang aku telah terima iaitu menanda kertas ujian bebudak ini sebanyak enam kelas jumlahnya [dua kelas bagi subjek Sains, empat kelas bagi subjek Sivik]. Bebudak pulak dah sibuk tanya dia dapat markah berapa padahal aku baru dapat kertas diaorang semalam. Ingat aku mesin menanda kertas ke apa. Nak harapkan diaorang tanda pulak aku tak berapa yakin. Takut ada yang mengelat tukar jawapan baru. Secara kasarnya aku dapat lihat bagi subjek Sains, prestasi diaorang masih lagi tidak memuaskan hati aku. Puas bagitau masuk tajuk apa, tak jugak blaja balik bebetul. Aku pasrah je la. Teruskan silibus yang masih banyak menggunung untuk diteruskan. Malas nak ulang balik. Cuma akan dibincangkan semula dalam kelas apabila kertas tu dah siap ditanda. Bagi subjek Sivik, aku tengok OK la sikit walaupun jawapan tu meraban entah apa-apa entah. Ikut suka-suki je jawab. Puas aku cuba memahamkan ayat jawapan yang diorang tulis tu. Per2 pun aku cuba sedaya-upaya untuk menghabiskan penandaan kertas ujian yang maha banyak ni.

2. Oh ye! Sebelum ni aku ada kata bahawa aku bakal bertukar opsyen dari mengajar Sains dan Sivik kepada subjek hardcore iaitu Matematik Tambahan. Sampai sekarang aku tertunggu2 bila la nak mula pertukaran ni. Bebudak pun ada yang dah tau aku akan mengajar subjek ni. Tapi aku seboleh-sebolehnya untuk tidak menafikan dan tidak juga mengiyakan perkara itu.  Bukan apa. Perkara ini belum berlaku dengan pastinya. Jadi, mungkin ia boleh berubah tanpa aku sedari. Baru aku tahu rupa-rupanya ketidaktentuan pertukaran ini tidak boleh dilakukan buat masa sekarang kerana ada seorang guru sekolah aku yang diminta untuk bertukar ke sekolah lain atas arahan PPD, telah meminta penangguhan. Ini menyebabkan Cikgu Bahari tidak dapat melakukan kemaskini jadual dan seterusnya pertukaran aku juga tidak dapat dilakukan buat sementara waktu. Oleh itu, terpaksalah aku meneruskan pengajaran subjek yang sedia ada sekarang. Aku tahu cabaran untuk cuba memahamkan topik2 yang terdapat dalam Matematik Tambahan ini kepada pelajar adalah tinggi kerana aku juga pernah merasai perit jerihnya dahulu  seperti mana yang dialami oleh pelajar aku sekarang.

3. Dalam minggu ini, aku telah mendapat beberapa tugas baru yang aku tidak sangka. Pertamanya aku telah diminta untuk memegang Ahli Jawatan Kuasa PIBG dan telah dilantik secara rasminya melalui surat yang sampai kepada meja aku. Yang keduanya dan agak menarik bagi aku sebab tak pernah tau pun benda ni iaitu aku kini telah dilantik sebagai pengurus sukan bagi pelajar Gimnastik sekolah aku. Menurut cikgu sukan iaitu Abang Azhar, ada dua orang pelajar lelaki yang terlibat dengan acara sukan ini. Tapi ini bukan bermaknanya aku kena melatih gimnastik bebudak ni. Kalu korang tengok bentuk badan aku takde harapan pun untuk bergimnastik nih. Cuma sekadar mengurus bebudak ni sekiranya ada pertandingan atau latihan kat memaner. Menarik betul. Hehehe.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s