Akhirnya….; Aku Di Bilik GPK HEM; Kawan Nak Kawen.


1. Perkataan lega hanyalah merupakan satu perkataan yang mampu aku ungkapkan setakat ini sementelahan sebelum ini aku mengalami ketidaktentuan mengenai status aku sebagai guru yang mengajar Sains di Ting 2 dan Sivik di Ting 4. Termasuk juga status aku sebagai guru kelas Ting 2 Melati. Aku pada hari semalam juga sempat memberitahu kepad kelas 2 Melati dan 2 Anggerik yang aku ajar bahawa akan ada guru lain yang mengajar kelas mereka. Dilihatkan kepada reaksi pelajar itu, aku dapati ada yang tidak setuju dengan penukaran ni dan tidak dinafikan ada juga yang menyokong secara diam2. Tapi aku tak kisah sebab niat aku sebenarnya ialah nak melihatkan mereka agar mendapat guru yang lebih baik mengajar berbanding aku yang baru ni. Akhirnya pada hari ni secara rasminya aku telah memulakan tugas mengajar dengan subjek lain iaitu Matematik Tambahan Ting 4 dan Sivik Ting 4. Nak memohon supaya dapat ajar opsyen Fizik tak kesampaian sebab dah penuh kuota. Al maklum la kelas sains tulen SPM hanya satu kelas je.

2. Semenjak aku dah memegang sebagai jawatankuasa Sistem Maklumat Murid [SMM] ni, aku dah banyak kali dengar dialog ni iaitu ‘La ingatkan Cikgu Razif dalam bilik tu!’. Siap ada yang kata macam ni, ‘Bole jadi pelapis tu!’. Menarik jugak dapat menyamar sebagai GPK HEM yang dok dalam bilik tu. Aku dok dalam bilik tu bukan sesaje. Kena lengkapkan dan kemaskini sistem SMM ni supaya semua maklumat berkenaan murid senang untuk diakses. Nak kata muka aku ni iras GPK HEM tu jauh sekali. Alahai cikgu2!

3. Semasa aku sedang duduk leka merancang pengajaran Add Math di meja, aku telah didendangkan dengan bunyi mesej dari hp. Terfikir aku sejenak siapalah gerangan yang menghantar mesej di waktu2 sekolah ni. Setelah dibuka mesej itu, rupa2nya datang dari kawan aku, si Rozaidi. Dah lama aku tak dengar khabar dia. Dalam mesej tu dia mintak aku bagi alamat umah sebab nak antar kad kawen dia dalam bulan 6 nih. Tak sangka ko yerk. Berjodoh jugak ko dengan Shamsiah. Aku doakan agar korang dapat melayari kebahagiaan serta merasai kemanisan berumahtangga hingga ke akhir hayat. Kadang2 aku ada terfikir jugak bila aku dapat kawen ye? Sape la wanita yang bertuah dapat menambat hati aku yang cerewet ni? Hahaha.


2 Komen on “Akhirnya….; Aku Di Bilik GPK HEM; Kawan Nak Kawen.”

  1. amy zain berkata:

    hai…i am a novel teacher just like u..i read thru your page just a lil’ while ago.i terpanggil utk drop a komen(respond)pasal pertukaran opsyen mengajar.i have a conflict myself either.i don’t like the subject given to me while i was studying in uni, but i just took the course as a stepping stone to pursue my ambition (konon2 lah) to be a teacher.i thot it was easy to change the option but to my surprised, it is not dat easy.i’ll be glad if u can share any info on this matter.tq!

    • ahamimokhi berkata:

      Terima kasih amy kerana sudi meluangkan masa untuk melawat blog saya ini. Sebelum itu, saya inginkan kepastian, adakah anda seorang guru yang mengambil ijazah sarjana muda tesl? Apakah subjek yang anda berminat untuk mengajar itu?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s