Pekena Mee Racun; Mesyuarat Yang Kenyang; Panas Baran.


1. Hari Khamis yang lepas, aku telah menerima panggilan dari kawan seperjuangan, Azad yang ingin datang ke rumah aku. Katanya nak meraikan dirinya yang baru lepas viva master. Jadi di kesempatan itu, dia nak datang umah aku. Semasa panggilan itu, dia sedang melepak di BP Mall manakala aku pula sedang sibuk menguruskan badan beruniform kadet bomba yang akan menjadi urusetia pada perhimpunan bulanan badan beruniform sekolah aku. Geram betul aku dengan bebudak bomba nie. Lembap betul. Aku bersungguh2 dan diaorang ni pulak macam sambil lewa je. Cuaca pada petang tu pulak mendung dan diikuti dengan hujan setelah beberapa ketika. Maka terbantutlah rehearsal yang aku nak buat tu. Berbalik kepada kedatangan Azad tu, aku memang suke kalu dia datang. Sekepala la katakan. Memang havoc la kejap umah aku tu dengan tawa hilai kami berdua yang sentiasa berjenaka sambil berborak2 yang entah pelbagai. Sempat jugak mencadangkan kepada Azad semasa panggilan petang tu untuk tunjukkan aku jalan nak ke gerai menjual Mee Racun yang dia selalu war-warkan sehingga menyebabkan aku teruja untuk menikmati hidangan mee istimewa itu. Berdasarkan kata kawan aku ni jugak, rasa hidangan mee ini yang agak unik telah menjadi sebab kepada kenapa Mee Racun ini terkenal di kawasan bandar Batu Pahat. Aku turut terfikir apa ramuan yang diletakkan dalam hidangan ini sehingga sanggup diberi dengan nama Mee Racun. Semua pertanyaan bakal berakhir apabila aku dah samapai kat kedai itu. Oleh itu, selepas waktu Maghrib, kami pun bertolak untuk ke kedai tersebut dengan panduan kawan aku ni. Rupa2nya tak susah pun nak kedai tuh. Cuma kena lalu kat tepi Carrefour je. Sekarang dah tau la aku untuk ke kedai tu. Di kedai itu, semestinyalah kami berdua telah memesan Mee Racun itu. Di situ ada dua jenis Mee Racun iaitu Mee Racun biasa yang berharga RM3.50 dan Mee Racun Gearbox yang berharga RM6.00. Kira berpatutan la dengan rasanya yang enak. Mengikut ujian rasa lidah aku terhadap hidangan mee ini, aku bole katakan rasanya adalah gabungan di antara mee kari dengan mee bandung. Kepada sesiapa yang nak menikmati atau nak tahu kepastian rasanya, bolehlah datang ke Batu Pahat ni. Yang pasti malam itu perut aku tersenyum puas kerana akhirnya aku dapat menikmatinya atas saranan kawan aku ni.
2. Pada Jumaat lepas pula, aku telah dikehendaki untuk pergi menghadiri mesyuarat pertandingan softball di SMK Datuk Menteri, Ayer Itam. Ini semua gara-gara cikgu2 lain yang sibuk dengan tugas masing2. Oleh sebab atas keluangan waktu yang aku ada, Maka aku telah dipilih untuk mewakili guru softball yang lain. Menurut kata Abang Hashim, sekolah tu agak jauh juga. Jadi memandangkan kejauhan jarak sekolah itu, maka aku telah memutuskan untuk terus bergerak selepas selesai menunaikan solat Jumaat agar aku dapat sampai awal di sekolah itu. Aku pun suke sebenarnya sebab dapat memandu dengan jarak perjalanan yang agak jauh. Dapat melegakan tekanan yang dah bertimbun di benak kepala aku ni. Sepanjang perjalanan itu, aku ada tertanya-tanya di manakah sebenarnya sekolah ini sebab tak nampak lagi papan tanda yang menunjukkan ke arah itu. Atas panggilan telefon yang aku buat, akhirnya barulah jelas arah perjalanan aku nih. Setelah tiba di sekolah itu, aku terus bergegas ke bilik mesyuaratnya apabila melihatkan jam kereta aku yang sudah mendekati ke pukul 3.00 petang. Sepanjang mesyuarat tu, apa yang menarik bagi aku adalah sesi makan yang banyak iaitu sebanyak 3 kali. Sehinggakan aku agak kenyang pada petang tu. Mesyuaratnya biasa je tapi makan dia yang mewah. Sebelum mesyuarat, makan karipap; pertengahan mesyuarat, makan roti goreng; di penghujung mesyuarat, makan mee kari la pulak. Semestinya perut aku sekali lagi bergembira dengan situasi ini.
3. Hari ni, sekolah aku mengadakan hari persekolahan ganti bagi Hari Raya Puasa nanti. Apa yang aku nak baran di sini adalah pada satu kelas tu. Aku suruh antar kerja umah yang aku beri semalam. Tapi hanya beberapa belas orang je yang antar. Mana aku tak mengamuknya. Kelas lain yang aku ajar takde pun masalah itu. Siap masa balik tadi bebudak ni buat sindiran di tepi bilik guru. Macam le aku tak faham apa yang diaorang cakapkan tuh. Apa jenis diaorang sampai tak hormat aku macam tuh. Diaorang ingat dia tu sape. Macam add math tu pandai sangat. Nanti la korang ari Isnin ni.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s