Selak2 Blog; Kursus Oh Kursus; Sikap Rakan Serumah.


1. Sejak akhir2 ini, aku sentiasa menyelak2 blog yang menarik perhatian aku terutama sekali blog yang berkaitan dengan politik atau blog kengkawan sekira tajuk blognya menarik perhatian aku. Blog berkaitan dengan ICT juga turut tidak ketinggalan menjadi santapan mata dan minda dalam menambahkan lagi koleksi pengetahuan am aku. Kiranya hobi lah jugak dalam kata lainnya. Dalam proses selak menyelak ni, aku dapati pelbagai tema dan gaya persembahan telah dipaparkan dalam blog2 mereka ni. Daya kreativiti blog mereka turut diterjemahkan melalui isi kandungan dan gaya penulisan mereka serta ditambah lagi dengan kemahiran mengedit menggunakan perisian Adobe Photoshop juga turut menarik perhatian aku. Bercakap mengenai perisian Adobe Photoshop, sebenarnya aku telah lama tidak meluahkan kreativiti ke dalam blog nih. Bukan sebab aku dah tak minat dengan Photoshop malahan beberapa minggu yang lepas aku dah mendapatkan versi terkininya. Aku memang akui lah sejak akhir2 ni sentiasa sibuk dengan tugasan sekolah yang perlu diselesaikan dahulu. Jadi kena ada masa yang sesuai untuk aku mengadap semula Photoshop yang dicintai ini. Huhu.

2. Dalam jangka masa 2 minggu ni, aku telah dikehendaki menghadiri beberapa taklimat dan kursus yang diadakan di sekolah atau tempat lain. Nasib baik boleh buat tuntutan duit minyak. Kalu tak naya jugak poket aku di tengah2 bulan ni. Yang pertama taklimat penataran mengenai PEKA menengah rendah kat SMK Penghulu Saad. Yang peliknya di sini, walaupun aku dah tak mengajar Sains menengah rendah tapi disuruh pergi jugak ke taklimat tu dengan alasan aku mungkin akan dapat balik subjek tuh. Bole ke terima alasan tu? Nak tak nak pergi je lah. Guru baru macam aku ni tak bole banyak songeh. Yang kedua pulak aku kena kursus mengenai profesionalisme guru kat Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO). Apa yang aku geram kat situ ialah takdenya penunjuk arah ke bilik kursus tu berlangsung. Sampaikan Pengarah Pelajaran Daerah pun naik bengang sebab tak tau tempat bilik kursus tu apatah lagi kami yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke maktab tu. Seterusnya yang terakhir sekali adalah pada hari ni iaitu aku dikehendaki ke SK Parit Raja untuk taklimat sistem pengurusan audit nilai dalam perkhidmatan awam. Apa yang mengejutkan aku di sini ialah menurut kata pemberi taklimat tu, sesiapa yang hadir pada taklimat nih adalah merupakan setiausaha kepada jawatankuasa audit nilai di sekolah. Terpaksa la aku sandang jawatan ni dengan rendah dirinya sebab dah terhadirkan diri kat taklimat ni. Maka makin bertambahlah tanggungjawab aku kat sekolah. Tapi nasib baik benda ni melibatkan penggunaan Microsoft Excel. Wujud la minat aku tu nak menyandang jawatan ni.

3. Aku tau korang mesti pernah mengalami kan benda2 yang melibatkan sikap rakan serumah ni. Yang penting bagi aku adalah mesti pandai dalam menahan zahir dan batin diri ini dengan sikapnya yang poyo itu. Memang dah lama aku memendam perasaan geram ni jauh di sudut lubuk hati. Kadang2 tu rasa nak lepaskan je supaya dia berubah sikapnya yang poyo tu. Rakan baik aku yang sempat beramah mesra dengan dia pun mengakui sikap kepoyoan itu. Tu baru sekejap. Aku ni yang dah berbulan dok dengan dia ni sabar je la.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s