Selamat Hari Ibu Bondaku; Setahun Meninggalkan UKM.


Aduhai! Sudah lama betul aku tak mengemaskini blog nih. Sibuk punye pasal la terpaksa aku meninggalkan sementara dunia maya ini. Jadi dalam dok melepakkan diri aku yang gempal di atas katil ini, baru aku teringat bahawa tarikh pada hari ini iaitu 10 Mei membawa pelbagai ingatan kepada benak kepala aku. Yang pertamanya hari ini merupakan Hari Ibu. Kesempatan ini aku nak ucapkan selamat Hari Ibu kepada mak aku yang telah banyak menolong dan menjaga aku tanpa diminta serta telah banyak menahan sabar dengan melayan kerenah aku sejak dari kecil hinggalah aku telah besar panjang kini. Aku memohon jutaan kemaafan kepadamu mak kerana kadang2 tu bukan aku bermaksud untuk melukakan hati dan perasaanmu itu. Semoga hidupmu sentiasa dilimpahi rahmat oleh-Nya. Yang keduanya ialah hari ini telah genap setahun lamanya bahawa aku telah meninggalkan UKM. Jadi, hari ni banyak memori terindah yang tercipta dalam 4 tahun itu telah menghanyutkan aku di sepanjang hari ni. Ada suka dan duka yang boleh dijadikan teladan kepada diri aku ni. Ingatan aku kepada orang2 tertentu yang selalu aku sayang dan benci juga tidak ketinggalan menjadi santapan memori ini. Apa yang boleh aku lakukan hanyalah mendoakan segala yang terbaik kepada si dia yang aku sayang itu. Bilakah kita akan berjumpa lagi tidak dapat aku pastikan. Mungkin Tuhan akan menentukan pertemuan semula kita ini di masa yang akan datang. Siapa si dia yang aku nyatakan di sini? Tiba2 je. Kuang3.


2 Komen on “Selamat Hari Ibu Bondaku; Setahun Meninggalkan UKM.”

  1. Hakim berkata:

    Hi mijan
    masa memang pantas berlalu lebih2 lagi bila kita sedang menikmati kebahagiaan…saya pun cukup sedih mengenangkan perpisahan yang bakal melanda (sebenarnya esok dah pun). I will no longer be a UKM student. sedih sangat…perasaan tu sama macam yang awak coretkan kat sini laa…

    • ahamimokhi berkata:

      iyelah hakim. situasi yang awak alami tu sama macam saya dulu masa nak abis dan akan meninggalkan UKM. pelbagai perkara yang sentiasa berlegar dan bermain di fikiran saya waktu tu. tapi2 lama-kelamaan semua itu akan mula menghilang ditelan masa. kadang2 tu teringat balik bila saya dok berangan sorang2 dalam bilik. haha. saya rasa awak pun mesti ada benda yang awak sayangkan sepanjang berada di UKM ni.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s