Komen di Blog Aku; Tekanan Perasaan.


1. Sebenarnya sudah lama aku ingin menyatakan perkara ini tetapi tidak berkesempatan. Semenjak aku dah berpindah ke blog baru ni, boleh dikatakan hampir tiada komen yang aku terima. Aku amat memerlukan komen2 itu sebagai maklumbalas terhadap kemasukan aku ini. Jadi, hari ni aku nak bagitau bahawa korang kini boleh komen di blog ini walaupun korang datang dari perkhidmatan blog lain seperti Blogger, LiveJournal, Windows Live Spaces atau sebagainya. Aku pun memang dah lama setting benda ni agar blog ini sentiasa terbuka kepada blogger lain. Jadi kepada Hakim, terima kasih kerana sudi memberi sedikit komen dan menjadi pengomen (wujud ke istilah ni?) pertama dalam blog ini. Haha. Kalu nak komen senang jer. Hanya klik pada sambungan (link) komen pada setiap kemasukan itu. Ok!
2. Hari ni juga aku masih lagi belum sembuh dari tekanan perasaan yang membelenggu di dalam diri aku dalam 4-5 hari ni dan mungkin akan berlarutan entah sampai bile aku pun tak pasti. Dan semalam merupakan kemuncak kepada tekanan ini seperti yang aku nyatakan dalam kemasukan sebelum ini. Ditambah lagi dengan bebanan kerja dan kursus yang dah sedia menempah hari di dalam diari hidup aku ni. Bunyi macam serius je kan. Haha. Ala biasa la bile tengah dok dalam keadaan sunyi sepi, mula la fikiran aku ni nak menerawang ke pelbagai peristiwa yang berlaku ke atas diri ini termasuklah kenangan dengan si dia itu. Tak tau la kenapa aku boleh jadi macam tu. Adakah si dia turut mengalami situasi macam aku ni?



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s