Selamat Hari Guru.


Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru (termasuk aku, kawan-kawan dan guru-guru yang pernah mendidik aku) yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan emosi dalam memberikan didikan dan mencurahkan segala ilmu yang telah diberikan oleh-Nya kepada anak-anak bangsa supaya dapat melahirkan insan yang memenuhi hasrat ibubapa, masyarakat dan negara serta selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dulu semasa aku seorang pelajar, aku yang mengucapkan benda ni kepada guru-guru yang mengajar aku. Kini apabila diri sendiri sudah menjadi guru, pelajar aku pula yang mengucapkannya kembali kepada aku. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan isu2 yang melanda dalam dunia pendidikan sejak akhir2 ini, namun kau wahai guru tidak sanggup melahirkan kekecewaan dalam meneruskan pendidikan kepada anak bangsa. Oleh itu, marilah kita sama-sama mendoakan agar semua guru yang pernah atau sedang mendidik kita sama ada di sekolah atau di mana-mana sahaja institusi pengajian termasuklah di IPTA dan IPTS dapat dianugerahkan kekuatan dalam semua segi dan dikurniakan keberkatan atas segala pengorbanan dan usaha yang telah dilakukan demi menjayakan pelahiran insan yang patuh dan percaya kepada Tuhan, memiliki akhlak tinggi dan berpengetahuan luas dalam membangunkan alam dunia dengan mampan agar memberi banyak kemanfaatan kepada manusia.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s