Temuduga Lagi.


Semalam aku menghadapi sekali lagi situasi temuduga yang kadang-kadang boleh menyesakkan nafas dan menggusarkan psikologi diri aku ini. Mana taknya. Kita tak bole jangka apakah soalan-soalan yang bakal ditanya oleh si penemuduga itu nanti. Ditambah lagi dengan segala dokumen yang perlu disediakan sebelum menghadiri sesi ini. Sekiranya ada dokumen yang tertinggal atau tak lengkap, maka risiko untuk disuruh balik adalah tinggi. Jadi, lihatlah betapa pentingnya dalam mempersiapkan diri dalam menghadapi sesi temuduga ini. Dan itulah yang berlaku pada aku sehari sebelum hari temuduga itu. Namun semua itu dapat dibereskan pada hari itu juga. Apa yang aku rasakan pada hari temuduga semalam boleh dikatakan berjalan dengan lancar. Kawan-kawan aku pun begitu juga. Segala pertanyaan si penemuduga terhadap aku dapat dijawab dengan baik walaupun semasa di dalam bilik itu aku merasakan macam tidak menepati kehendak jawapan bagi soalan si penemuduga. Namun yang penting bagi aku ialah jangan duduk diam tak berkata atau elakkan menghidapi sindrom ‘soal sepatah jawab sepatah’. Yang paling best bila selesai temuduga itu ialah dapat gi pekena asam pedas di Medan Asam Pedas Parit Jawa. Yummy!



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s