Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.


Hari ni sekolah aku melalui pelajar Tingkatan Enamnya telah menganjurkan satu sambutan Hari Guru. Walaupun aku rasa program yang diadakan banyak yang tidak menarik perhatian aku (tapi menarik perhatian pelajar), sekurang2nya usaha mereka dalam meraikan hari para guru haruslah dipuji. Idea daripada Kelab Bilik Guru untuk mengadakan sesi pertukaran hadiah di antara guru juga menarik perhatian aku kerana logiknya sesi ini supaya semua guru mendapat hadiah walaupun tidak mendapat hadiah daripada pelajar2nya. Macam aku, tiada pelajar pun yang memberi hadiah waima kelas yang aku jaga. Namun aku tidaklah berkecil hati sangat pun sebab aku faham pelajarnya bukanlah terdiri daripada keluarga yang berada. Jadi, cukuplah setakat dapat melihat mereka berjaya dalam pelajaran masing-masing. Itu yang paling berharga bagi aku semasa di dalam dunia pendidikan ini. Hari ni juga ramai yang membicarakan tentang keputusan PTK mereka yang telah dilalui beberapa bulan lepas. Walaupun aku tak berapa faham dengan apa yang sebenarnya dibincangkan, namun aku tetap memasang telinga sebagai pengetahuan umum apabila aku akan menghadapinya pada masa akan datang. Yang hanya aku faham ialah ujian ini akan diambil oleh semua kakitangan awam yang memohon untuk tujuan kenaikan tangga gaji. Apa2 je lah. Buat masa sekarang aku baru je selesai menghadapi temuduga untuk pengesahan pelantikan ke jawatan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 iaitu pada Khamis lepas. Itu je yang aku tau dan faham. Huhu. Berkenaan dengan sambutan hari ni, apa yang aku suka ialah semasa jamuan tengahari tadi. Boleh tahan juga dengan hidangan yang disediakan. Ada tomyam, ayam percik, kek. Dalam nak penghujung tu, ada pulak majlis pertukaran hadiah dan penyampaian hadiah. Apa hadiah yang aku dapat hasil daripada pertukaran itu ialah satu penyangkut baju untuk dilekatkan di pintu. Apa2 je la.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s