Dendam Terbalas Dengan Idea Nakal.


Haha. Memang hari ni aku akan senyum sampai ke telinga. Mana taknya. Dendam spontan yang tercetus pagi tadi telah menyebabkan aku sungguh teruja untuk meneruskan kerja nakal ini. Dendam ini takkan berlaku sekiranya En. F (nama dah le macam betina) ini tidak mencabar kesabaran dan kehormatan aku di rumah sewa ini. Citer sebenarnya bermula gini. Pada setiap pagi, aku dan En F ini akan bangun awal sebagai persiapan untuk gi ke sekolah sebelum pukul 7 pagi. Tapi selalunya aku yang bangun paling awal berbanding dia yang terbongkang lagi. Biasanya pukul 5.30 pagi dah terbangun dan terus celik tak ngantuk2 (maknanya cukup tidur le tuh). Aku bangun awal ni tak lain nak kena gosok baju dan seluar agar tidak berkedut ke sekolah nanti di samping mengemas beg dengan buku2 yang perlu dibawa. Tak ke malu cikgu pakai baju berkedut ke sekolah. Anak murid pun kemas. Hehe. Ada jugak sekali-sekali nama betina ni nak bertanding sapa mandi paling pantas dengan aku. Tapi aku tak kisah pun sebab malas nak melayan perangai dia mengalahkan budak2 bawah umur dan seolah2 perkembangan otaknya macam tak cukup zat. Tak padan dengan umur dia yang tak lama lagi nak kawen jugak. Itu bagi aku takpe lagi. Pemikiran positif katakan. Yang paling aku bengang sekali ialah dia selalu berlumba dengan aku siapa yang dapat keluar rumah paling awal. Sebab matlamat bangang nama betina ni ialah untuk mengelakkan daripada menjadi orang terakhir dan seterusnya kena kunci pintu rumah. Padan2 la tu beb sampai nak kunci rumah pun berkira. Kalu aku siap pukul 6.40, dia pulak 6.30 dah termangu kat dalam kereta. Boleh korang bayangkan betapa sengkeknya kepala hotak dia. Konon nak buat aku sakit hati bila dia dapat mengatasi rekod aku. Dah berminggu2 aku pendamkan perasaan sakit hati ni di dalam benak jiwa dan raga aku. Dalam pada yang sama memikirkan apakah kaedah ternakal yang berkesan untuk mendidik nama betina yang tak sedar diri (sebab selalu cakap besar). Idea nakal yang aku telah aplikasikan ialah dengan menukarkan mangga gril pintu kepada mangga pintu pagar semasa dia dah gi ke sekolah. Ini menunjukkan betapa geramnya aku terhadap nama betina itu. Bahagian yang aku paling suke apabila balik ke rumah itu kelihatan nama betina ini terkial2 untuk membuka kunci mangga itu. Sebabnya dia hanya ada satu kunci aje iaitu kunci pintu gril. Siap bole tanya aku lagi kenapa tak boleh nak bukak kunci mangga. Dalam hati aku, punyelah teruja bercampur puas apabila berjaya mengenakan nama betina ini. Haha. Ini lah yang terjadi apabila ada anasir2 jahat yang telah menguasai diri aku pada pagi tadi.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s