Jualan Murah Yang Sungguh Menggiurkan; Minggu Peperiksaan Kembali Lagi.


1. Oh tidak! Jualan murah kini sudah kembali di pusat2 membeli-belah dengan pelbagai potongan harga yang boleh menggugat nafsu membeli-belah sesiapa sahaja. Aku katakan ini berdasarkan beberapa pusat membeli-belah yang telah sempat aku selia. Ditambah dengan gaji bulan ini telah masuk, maka aku tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk membeli beberapa barang peribadi yang boleh aku anggap telah kuno atau telah lapuk dek perkembangan fesyen. Haha. Macam yoyo aje. Oh ye. Berkenaan dengan kemasukan blog sebelum ini, aku berharap takde sesiapa terkesima dengan gaya bahasa kesat dan ganas yang telah dilemparkan. Bila hati ni dah tak tahan, terpaksa diluahkan dengan cara begitu. Nampaknya cara itu, masih tidak berkesan lagi. Nanti kau.
2. Minggu peperiksaan telah melanda kembali di sekolah aku. Kali ni peperiksaan pertengahan tahun pulak. Apa yang aku rasa minggu2 ni macam biasa jer. Cuma, bezanya takde proses pengajaran & pembelajaran yang berlaku. Hanya mengawas peperiksaan kelas sahaja. Kali ni aku kena membuat soalan peperiksaan matematik tambahan Ting 4 memandangkan aku je guru yang mengajar subjek di tingkatan tu. Jadi tak wujud la sistem giliran. Yang beratnya nanti nak menanda kertas2 tu di masa cuti. Huhu. Per2 pun aku nak ucapkan semoga berjaya kepada semua anak murid aku dalam menjawab kertas peperiksaan yang aku buat ni. Jangan kecewakan aku dengan keputusan korang nanti k!


4 Komen on “Jualan Murah Yang Sungguh Menggiurkan; Minggu Peperiksaan Kembali Lagi.”

  1. bob berkata:

    akum mizan..
    ni 1st time saya bukak blog awk ni….
    fuyoo…bukan main panas kawan kita sorang ni…
    dapat jugak saya lepaskan keboringan disamping membaca blog ni…
    kim salam kat en. F tu yek…

    • ahamimokhi berkata:

      waalaikumussalam bob…….
      terima kasih kerana sudi melawat blog sy nih……….
      ala biasa2 jer….
      nak menajamkam kemahiran mengarang ayat……..
      hehe……..

  2. ahamimokhi berkata:

    tak nak saya ngajar BM…….
    saya lebih suke ajar sains dan mate nih……..
    dalam pada masa yang sama…….
    saya nak jadi cikgu sains yang pandai bermain bahasa……..
    baru ada kelainan……
    senang nak sinis2 kat pelajar……


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s