Apa Yang Aku Lakukan Pada Cuti Sekolah Ini?


Jumaat, 29hb Mei (petang): Aku kena menguruskan Perkhemahan Bersepadu sekolah bersama dengan cikgu2 lain. Aku bertolak ke Kem Hutan Lagenda di Tangkak secara berkonvoi dengan bas2 bebudak dan kereta2 cikgu.

Sabtu, 30hb Mei: Hari kedua aku bermalam di kem hutan ini. Aktiviti menarik pelajar pada hari ini ialah mendaki Gunung Ledang hingga ke poin Kolam Anak Gajah. Pada malamnya pulak, ada persembahan kebudayaan kumpulan.

Ahad, 31hb Mei: Hari terakhir aku dok menetap di hutan Gunung Ledang nan permai ini. Aktiviti menarik pelajar pada hari ini ialah sukaneka. Aku juga turut sibuk mengemas segala pakaian dan peralatan yang telah dibawa. Dah tak sabar nak balik katakan. Sampai rumah terus sakit kaki.

Isnin, 1hb Jun: Aku melepaskan penat lelah tiga hari perkhemahan itu dengan berehat secukupnya di samping mula membelek2 kertas2 peperiksaan yang belum lagi ditanda langsung. Yang penting meraikan hari lahir sendiri dengan cara tersendiri serta hanya dihadiri oleh diri aku sendiri sahaja. Huhu. Tak dapat balik kampung lagi.

Selasa, 2hb Jun : Aku mula menanda kertas Matematik Tambahan Ting. 4 dengan dimulai oleh kelas 4 Seroja (kelas paling pandai). Secara kasarnya keputusan yang boleh aku bayangkan adalah hampeh.

Rabu, 3hb Jun: Aku pergi ke pejabat sekolah untuk menyelesaikan satu borang audit nilai. Setelah selesai, aku mula menanda kertas kelas 4 Melati (kelas kedua pandai) pulak. Hasil keputusannya agak memberangsangkan kalu dibandingkan dengan 4 Seroja tapi masih lagi hampeh. Apa la yang diaorang blaja sepanjang 5 bulan ni, aku pun tak tahu.

Khamis, 4hb Jun: Aku kena gi ke Institut Perguruan Tun Hussein Onn untuk menjadi scorer (pencatat markah) sukan softball peringkat MSSM yang mana negeri Johor telah dilantik sebagai tuan rumah pada tahun ini. Pada masa yang sama, Johor juga menjadi tuan rumah kepada sukan bola keranjang peringkat MSSM. Nasib baik ada bebudak dari SMK Teknik Batu Pahat yang datang membantu aku dalam menjadi seorang scorer. Pengalaman baru pun dapat ditimba.

Jumaat, 5hb Jun: Hari kedua aku menjadi seorang scorer softball di tempat yang sama. Jadual perlawanan agak padat pada hari ini. Tapi takpe dengan adenya pembantu scorer yang lebih bagus pengetahuannya, dapatlah mengurangkan keresahan diri ini.

Sabtu, 6hb Jun: Hari ini adalah hari terakhir aku menjadi scorer softball iaitu untuk perlawanan sehingga tengahari ini sahaja dan selepas itu perlawanan bagi waktu petangnya akan diganti dengan giliran guru lain. Lega sangat. Walaupun begitu, sijil dan wang elaun yang sepatutnya dapat pada hari ini, tidak dapat ditunaikan. Diharapkan dapat cepat ya En. Nazlan terutama sekali elaun tu. Hehehe. Selepas rehat sekejap, aku kena pulak siapkan audit nilai sekolah. Hasil survey belum lagi dikey-in. Target aku dapat siapkan separuh dahulu.

Ahad, 7hb Jun: Masih lagi dalam proses penyiapan laporan audit nilai yang akan dihantar pada keesokan harinya. Tekanan tu memang menyesakkan benak kepala aku ini. Kena siapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Kalu tak, aku jugak yang kena nanti.

Isnin, 8hb Jun: Akhirnya dapat menyiapkan laporan audit nilai itu. Baru la aku dapat balik ke kampung. Dah menelefon orang tua aku bertanyakan bilakah tarikh spesifiknya aku akan balik ke kampung. Tidak dilupakan kertas2 jawapan yang belum ditanda turut dibawa pulang sebagai hobi di kala masa lapang dan masa tak lapang.

Selasa, 9hb Jun: Layari Internet, tanda kertas, tido2 ayam, sambung tanda kertas, jalan2 cari mood dan makan.

Rabu, 10hb Jun: Layari Internet, tanda kertas, tido2 ayam, sambung tanda kertas, jalan2 cari mood dan makan.

Khamis, 11hb Jun: Layari Internet, tanda kertas, tido2 ayam, sambung tanda kertas, jalan2 cari mood dan makan.

Jumaat, 12hb Jun: Layari Internet, tanda kertas, tido2 ayam, sambung tanda kertas, jalan2 cari mood dan makan.

Sabtu, 13hb Jun: Layari Internet, tanda kertas, tido2 ayam, sambung tanda kertas, jalan2 cari mood dan makan.

Ahad, 14hb Jun: Aku dah kembali untuk menyambung tugas mendidik anak bangsa pada keesokan harinya.


4 Komen on “Apa Yang Aku Lakukan Pada Cuti Sekolah Ini?”

  1. Hakim berkata:

    Hai mizan…tak lama lagi i pun akan menempuhi pengalaman yang u rasakan sekarang nie…risau gak dan perasaan bercampur baur…
    i skang tgh enjoy bercuti dok rumah nie ha…hehehe

  2. ahamimokhi berkata:

    rehat lah sepuas2nya uols sekarang ni……..
    nanti u dah posting dan dapat keje, jadi macam i pulak……..
    byk masa cuti akan dihabiskan untuk selesaikan tugas2 sekolah……..
    mcm i dulu ms tunggu posting, tak keje pun……
    dok umah menghabiskan masa dan dok goyang kaki………
    bila uols akan graduate?…….

  3. Hakim berkata:

    iols grad 17ogos nie…tp posting insya ALLAH dlm mid july nnt. kami posting awal kan, so xde maknenye iols nak keja…tokei kedai pun xnk byr gaji cos sekejap sgt…hehehe…tuhlaa, takut gak bila baca luahan uols nie, cam busy and penat je…tp still enjoy kan?? so uols dh buat ke kissm n btn???

    • ahamimokhi berkata:

      oh ye ke………
      ok la tu dpt posting awl………
      harus i maintain enjoy uols…….
      tak payah takut uols………
      biasa je benda tu sume……..
      kalu penat, tido je i kejenya senang…….
      kalu tak pun, merayau cari benda yang boleh merangsang semangat diri……..
      x gitu?…….
      haha……
      btn i belum lagi……
      kissm tu ape?…….
      tp i dah lepas temuduga untuk sah jawatan DG41……
      kalu tokei kedai xnk byr gaji……
      uols jd la tokei sendiri….
      boley?..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s