Penglibatan dalam Pertandingan Softball Peringkat MSSM di Johor.


Kalu korang perasan dalam kemasukan sebelum ini iaitu ‘Apa Yang Aku Buat Pada Cuti Sekolah Ini?’, aku ada bagitau korang bahawa aku telah menjadi seorang scorer kepada sukan softball ni. Haha. Sebenarnya macam mana aku boleh terpilih jadi scorer sampai peringkat MSSM (kebangsaan). Itulah dia tugas seorang guru yang bukan sahaja kena pandai mendidik dalam bidang akademik je, bahkan dalam bidang kokurikulum juga. Jadi mulai sekarang, kita kena faham bahawa mendidik ini bukan sekadar dok dengar cikgu ajar, baca buku dan buat latihan baru dikira istilah mendidik. Penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum seperti sukan softball ini dikira termasuk dalam ruang lingkup proses pendidikan kita kepada pelajar2. Oleh itu, skop pemikiran kena luaskan sikit sebab ada ibubapa yang tak faham ni. Wah! Tiba2 pulak aku berhujah dalam blog ini. Pelantikan aku sebagai scorer bermula dari peringkat daerah lagi di mana pihak sekolah telah diminta untuk menghantar nama2 cikgu yang memegang sukan softball kat sekolah. Nak tak nak terpaksa la bagi. Pada mulanya dalam hati ni aku memang tak nak sebab nanti selalu kena tinggalkan kelas. Tapi pemikiran aku terpaksa berubah memandangkan aku masih baru dalam dunia pendidikan ni. Timba je la pengalaman hasil daripada peluang yang datang kepada aku. Lepas tu beberapa hari sebelum perlawanan softball peringkat MSSJ (peringkat Johor)  tu, aku kena gi kursus kepengadilan softball. Memang aku tak faham macam mana softball ni bermain dan ditentukan pemarkahannya untuk menang. Ditambah lagi dengan istilah picher, catcher, batter, base. Belum campur dengan undang2 permainan ni iaitu base on ball, inning, ball, clean catch, foul ball, strike, bila masa dia mati, macam mana dia hidup. Aduh banyak betul nak kena ingat dalam kursus satu hari tu. Maklum la pertama kali melibatkan diri dalam dunia softball melalui pasukan softball sekolah yang ada berlatih petang2 kat padang. Jadi, yang mana asas softball senang tu aku boleh ingat le. Pada hari pertama aku menjadi scorer softball peringkat MSSJ di mana semua daerah di Johor menghantar pasukan, gabra jugak jadinya. Nasib baik ada Kak Mar tolong. Kalu tak mampus aku kena marah dengan cikgu2 pasukan tu. Jadi di situ, aku dah mula faham sikit asas softball dan dah mula minat dengan softball. Aku tak tau la mana datang semangat tu. Sebelum ni, aku dah dimaklumkan bahawa apabila dah jadi scorer MSSJ ni kena jadi pulak scorer MSSM. Aku pun setuju dan pasrah. Untuk MSSM ni, aku kena kursus sekali lagi di SMK Teknik Batu Pahat. Nasib baik kali ni dibantu oleh pelajar2 yang dah pandai dalam penskoran softball. Iyelah peringkat kebangsaan tu aku nak kena jaga. Tak pasal2 kena hentam dengan couch pasukan negeri kalu salah tulis pengskoran tu. Ada empat kategori yang dipertandingkan bagi peringkat MSSM iaitu lelaki bawah 12, perempuan bawah 12, lelaki bawah 18 dan perempuan bawah 18. Sebenarnya kalu nak seronok tengok softball ni, kena tengok pasukan lelaki/perempuan yang bawah 18. Sebab mereka kalu berlawan, memang menarik la. Tapi aku ditugaskan untuk menjaga pasukan perempuan bawah 12 je. Takpe la. Ok jugak tu. Di situ, aku dapat lihat macam2 gaya sorakan dalam mengganggu tumpuan pasukan lawan. Itu adalah lumrah dalam sukan softball ni. Untuk pengetahuan korang, softball merupakan satu permainan yang penuh dengan strategi untuk menyaingi pasukan lawan. Jadi, mereka akan diserang dari segi psikologi dan gaya permainan yang mencabar dari pasukan lawan. Oleh itu, sesebuah pasukan itu perlulah mempunyai ketahanan mental dan kepelbagaian strategi bermain melalui latihan2 yang mantap dari couchnya. Tidak lupa juga sinergi komunikasi di antara couch dengan ahli pasukan yang mempunyai peranan masing2 juga turut memainkan peranan penting dalam mematikan gerakan pasukan lawan.  Kini bila dah sampai peringkat MSSM, barulah aku nampak sukan softball yang sebenarnya dari segi cara permainan dan pengskorannya. Bila tengok kat tv astro tu, takdelah terpinga2. Tidak ketinggalan aku nak ucapkan terima kasih lah kat semua pihak terutama sekali kat bebudak teknik yang dah banyak tolong aku. Sempat aku membalas balik dengan menumpang mereka untuk pulang ke sekolah yang terletak bersebelahan dengan IPTHO tu. Sian pulak bila tengok mereka berjalan jauh hari2. Sebenarnya apa yang aku cuba nak bagitau kat sini ialah jika ada peluang yang tak pernah kita jumpa, jangan tolak mentah2. Cuba dulu baru tahu hal sebenarnya. Macam aku, dulu tak tau dan tak faham langsung tentang softball. Kini aku dah bole cerita sekiranya ada yang tanya. Lagi satu dalam dunia cikgu ni, bukan budak je kena aktif, cikgu pun kena aktif jugak. Tapi dalam aktif tu pun kena berpada2 dan bijak dalam memilih masa sebab dikhuatiri kena banyak tinggal kelas. Kalu tak sesuai masa, bagilah peluang kepada cikgu2 lain sebab kat sekolah bukan kita seorang je yang jadi cikgu. Betul tak?


5 Komen on “Penglibatan dalam Pertandingan Softball Peringkat MSSM di Johor.”

  1. zetty berkata:

    huhu… camera sy hilang ms mssm softball kat jhr hr tu..

    • ahamimokhi berkata:

      hai zetty……..
      thanx 4 spending ur time in my blog……..
      sy kasihan dgn anda atas kehilangan kamera itu…….
      kamera jenis apa yg hilang tu?……..

  2. yan berkata:

    salam cikgu. apa jenis softball yang dipertandingkan di peringkat MSSJ / MSSM? Slow Pitch ke Fast Pitch?

    • ahamimokhi berkata:

      wasalam kpd adik yan………..
      entah adik oi………..
      sy pun tak pasti jenisnya……..
      sebab sy pun baru je terlibat dlm dunia softball nih….

      • angah berkata:

        of course fastpitch .
        sebab ni mssm🙂
        saya juga mewakili but last year .
        im be a pitcher from convent .


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s