Peduli Apa Aku; Muat Naik Terbaru di Flickr.


1. Syukur aku panjatkan kepada Tuhan kerana akhirnya dapat aku menyiapkan laporan audit nilai tepat pada tarikh yang dikehendaki oleh pihak PPD. Dan seterusnya dapat balik ke kampung (bukan ke aku dok kat taman dalam bandar.) dengan selamatnya mengikut pemanduan berkhemah yang telah aku amalkan sekian lama. Haha. Padahal realitinya aku dah pecut dalam lingkungan 100 km/j dan lebih walaupun pada masa yang sama takut ditembak oleh kamera polis trafik yang dijangka wujud pada musim cuti sekolah ini. Nak cepat sampai katakan. Syukur sekali lagi kerana dapat sampai ke umah dengan selamat dan tepat masanya. Terdengar juga aku semasa nak hantar laporan kat pejabat bahawa akan ada mesyuarat audit nilai yang akan diadakan pada hari Rabu ni. Lantak ko lah PPD. Buatlah masa hari sekolah biasa sebab masa tu kan ramai cikgu ni ada. Peduli apa aku. Dah siapkan laporan yang ko nak pun dah elok. Aku dah korbankan masa seminggu cuti sekolah untuk siapkan laporan itu. Jadi, aku nak memanfaatkan cuti ini dengan seelok2nya bersama keluarga yang disayangi.
2. Kepada penggemar2 fotografi seperti aku, kini terdapat muat naik gambar terbaru di laman Flickr aku. Sebenarnya gambar ni dah lama aku berhasrat untuk dimuat naik agar dapat ditatap oleh korang semua. Masa cuti lah baru aku dapat muat naik sementelahan atas dasar ketidak-bersempatan (wujudkah terma ini?) masa aku pada hari2 biasa. Untuk memudahkan capaian korang, boleh klik kat pautan di bawah ini. Selamat ber-Flickr ya!

http://www.flickr.com/photos/ahmk/



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s