Tindakan Yang Menjengkelkan; Penandaan Kertas.


1.  Adalah amat mengejutkan dengan tindakan mr. HM meninggalkan rumah ini. Bukan aku yang memaksa dia untuk membuat keputusan ini. Ini semua adalah atas pilihan alternatif yang telah dibuatnya sendiri atas faktor apa aku tak pasti. Namun begitu aku boleh agak sebab musabab dan alasannya berdasarkan tempoh lapan bulan berada di sini. Tindakan dia untuk berpindah pada hari Ahad pagi memang satu kejutan kecil buat aku sebab dia tidak pernah menyuarakan keinginan perpindahan itu. Aku mengandaikan waktu itu dipilihnya kerana ingin keluar senyap2 tanpa pengetahuan aku. Tapi Allah itu Maha Kaya, Dia nak tunjukkan juga pada aku dengan ditakdirkan aku balik awal dari tarikh rancangan aku untuk kembali ke tempat cari makan ini iaitu pada hari Sabtu. Mungkin dia pun tak menyangka aku boleh balik seawal itu. Jadi, kecuakan air mukanya memang jelas terserlah semasa proses pemindahan itu. Walau apapun yang berlaku, aku kini sudah dapat kembali menjalani kehidupan dalam serba aman, selesa, tenteram, lebih terfokus dan tanpa gangguan emosi yang kadang-kadang boleh menyesakkan benak kepala otak ini apabila difikirkan sikap2 orang yang macam ini. Syukur alhamdulillah.

2. Dalam cuti hari tu, aku lebih banyak menghabiskan masa dengan lepak di depan laptop untuk berinternet berbanding dengan menyiapkan penandaan kertas yang ada berlambak dalam beg. Haha. Jangan jadi macam aku ye. Menanda kertas itu adalah satu tanggungjawab. Kena selesaikan dulu. Bukan apa. Aku jadi bosan apabila melihat jawapan yang kadang2nya merapu tambah2 apabila menanda kertas matematik tambahan. Jadi semasa cuti juga aku banyak meluangkan masa dengan keluarga dengan menolong apa2 yang patut dan tidak ketinggalan meraikan hari lahir adik dan diri sendiri yang kebetulan jatuh pada bulan yang sama tetapi semestinya tarikh yang berlainan. Akhirnya dapat juga meraikannya dengan sesuatu yang istimewa bersama keluarga. Diharapkan aku dapat menyiapkan kerja2 penandaan ini pada hari ini juga.


3 Komen on “Tindakan Yang Menjengkelkan; Penandaan Kertas.”

  1. Hakim berkata:

    Uols..
    housemet you yang i tak sangka2 tuh pindah rumah ke uols??
    apa yang terjadi??ada dia say good bye ke??
    So skang uols dok sorang laa???
    Meaning uols byr sewa sorang2 laa???
    Mantap jugak pergaduhan uols nie kan??
    iols harap iols xkan mengalami benda2 camni..cukup2laa masa iols di
    Dato Onn dulu..

  2. ahamimokhi berkata:

    uols…….
    apa yg u tanya betullah……
    i kini dah solo dlm umah tu……..
    bg i lah……..
    ia satu perkembangan yang amat menarik……..
    yg buat i rs dia tu hanjeng sgt…….
    cara dia nak pindah tu……..
    konon nak kuar senyap2……
    bajet i x balik lg…….
    tu Tuhan nak tunjukkan…..
    dia hingat apa shopping kompleks kuar masuk gitu……
    jgn istilahkan pergaduhan……..
    cuma tiada persefahaman……..
    x sebulu……..
    haha……

  3. Hakim berkata:

    Solo pun solo laa uols…
    Bagi I, Dok sorang tuh sangat elok..
    Sebab tak perlu nak jaga hati orang sangat..
    Kita nie balik mengajar penat2 takkan nak beremosi tiap2 hari
    kt rumah plak kan??
    Kalau I laa, I sanggup dok sorang and bayar lebih sket.
    Asalkan hati senang dan privasi i terjamin…
    Tahniah akhirnya uols dapat apa yang diperlukan itu…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s