Hari Terbuka + Hari Keusahawanan Sekolah; Filem Transformers.


1. Pada hari Sabtu lepas, sekolah aku telah mengadakan hari terbuka + hari keusahawanan dan juga merangkap hari sekolah ganti untuk Hari Raya yang bakal menjelang dalam lebih kurang 3 bulan (agak2 la ye). Ini semua adalah gara2 idea boss aku (pengetua lah) yang mengusulkannya secara tiba2 kurang 2 minggu sebelum tarikh hari terbuka itu. Boss ni kalu bagi idea senang je. Tapi yang susahnya cikgu2 la. Bertungkus-lumuslah cikgu2 ni termasuk aku nak merealisasikan idea baik ini. Tujuan utamanya ialah untuk mengumpul sumbangan bagi dimasukkan ke dalam tabung pelajar. Menurut kata boss, duit ini akan digunakan untuk menampung kos pembelian kertas yang berjumlah anggaran RM3000/bulan di samping dapat digunakan oleh pelajar dalam melakukan aktiviti lain terutamanya aktiviti berkaitan dengan akademik. Dengan kata lain, sumbangan ini akan kembali kepada pelajar itu juga. Walaupun begitu, tugas aku takde la berat untuk hari terbuka ni sebab hanya perlu memberi penerangan kepada ibubapa pelajar kelas aku mengenai prestasi anak masing2. Hanya letih mulut je la. Yang beratnya ialah pada hari keusahawanan sebab aku nak kena jaga beberapa gerai kelab, persatuan dan badan uniform yang aku dipertanggungjawabkan. Tapi aku lebih mengambil berat kepada badan uniform yang aku jaga iaitu Kadet Bomba sebab pengerusinya dan ahli jawatankuasanya (yang terdiri daripada ramai pelajar Ting. 6) seolah2 tidak berapa mengambil peduli hal2 berkaitan apa yang nak dijual. Siap la korang akhir tahun ni, aku takkan beri ko sijil budak2. Lantak korang la. Syukur aku panjatkan kerana nasib baik ada pelajar Ting. 5 yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan gerai Kadet Bomba ini. Apa yang kami jual ialah ‘potato wedges’ dan air bandung. Tidak disangka2 rupanya hasil jualan gerai aku ni teramat laku bagaikan pisang goreng panas. Sampaikan beberapa kali terpaksa ditambah stok bahan mentah (semestinya ubi kentang) sebagai memenuhi permintaan pelanggan yang amat tinggi. Letak je dalam dulang terus diaorang ni serbu dan habis. Ada jugak yang balik dengan kempunan tak dapat beli. Gerai lain aku tengok ada yang tak habis barang jualannya. Aku memang tabik la dengan pelajar2 yang bagi idea jual benda ni. Apabila dikira2 duit perolehan hasil daripada penjualan gerai aku, didapati bahawa jumlahnya agak lumayan. Terima kasih banyak2 kat budak2 ni. Tahniah atas usaha anda itu. Namun begitu, duit ini tidaklah semua masuk dalam poket Kadet Bomba. Kena la bagi kat sekolah balik. Huhu.

2. Oh tidak! Filem Transformers dah keluar di pawagam2 seluruh dunia. Aku memang minat Transformers ni dari kecil lagi. Cuma tak berkesempatan nak dapatkan robot permainannya saje. Takpe2. Masa filem yang pertama dulu memang aku tertariklah dengan kesan khas dan jalan ceritanya. Itu yang menyebabkan aku nak tengok sekuel yang seterusnya ini. Walaupun banyak ulasan filem yang mengatakan bahawa filem ini lebih menumpukan kesan khas yang menakjubkan berbanding jalan ceritanya (atau dengan kata lain jalan ceritanya kurang menarik berbanding sekuel terdahulu), namun aku tetap nak tengok jugak filem ini. Nasib baik kat tempat aku ni banyak pawagam. Senang nak menonton filem ini.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s