Kelas + Sains PMR + Matematik SPM


Sebagai menyahut semua seruan dan segala harapan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan ibubapa, maka secara rasminya telah bermulalah satu program yang amat signifikan untuk dianjurkan di sekolah aku iaitu program kelas tambahan bagi pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan utama iaitu PMR dan SPM bagi tahun 2009. Bukan pelajar sahaja yang bersungguh-sungguh dalam menggapai impian mereka untuk memiliki keputusan yang cemerlang itu, malahan para guru juga turut terheret sama dengan segala kebimbangan dan keresahan untuk memastikan prestasi keputusan peperiksaan utama di sekolah aku ini dapat sekurang-kurangnya dipertahankan atau seelok-eloknya dipertingkatkan ke satu tahap yang boleh dibanggakan oleh pihak sekolah dan masyarakat sekeliling umumnya. Jadi, dengan bermulanya kelas tambahan ini adalah merupakan sebahagian daripada strategi kecemerlangan yang telah dirancang sejak sekian lama serta telah menjadi sebati dengan amalan dan tradisi semua sekolah di seluruh negara amnya dan sekolah aku khususnya pada setiap tahun. Hampir kesemua panitia di sekolah aku kelihatan telah mula sibuk mengorak langkah untuk menyusun jadual kelas tambahan agar tidak berlaku pertindihan di antara satu subjek utama dengan subjek utama yang lain. Tidak ketinggalan aku juga diajak oleh ketua guru panitia untuk turut sama dengan guru lain sementelahan berlaku keterbatasan bilangan guru bagi subjek-subjek kelas tambahan ini. Kelas tambahan yang aku terlibat sekarang ialah Matematik SPM dan Sains PMR. Ironinya, kedua-dua subjek ini tidaklah menjadi subjek yang aku ajar kalau diikutkan kepada jadual waktu mengajar harian aku iaitu subjek Matematik Tambahan dan Sivik. Atas ilmu yang masih aku miliki hasil kurniaan-Nya, maka seeloknyalah disebarkan demi memastikan anak bangsaku ini berjaya ke tahap yang tertinggi hendaknya. Memang agak sedikit meletihkan. Iye lah. Dari pagi sampai ke tengahari, aku melakukan tugas-tugas rutin mengajar di sekolah dan selepas itu disambung pula dari jam 2 hingga ke 3.30 petang bagi mengisi slot kelas tambahan ini. Namun begitu, aku berpendapat adalah lebih berbaloi sekiranya keletihan aku ini dapat dibalas dengan kecemerlangan dari pelajar ini. Itu sebenarnya niat aku dalam menyertai kelas tambahan ini selaku tenaga pembimbing. Hari ini dan semalam adalah merupakan permulaan kelas tambahan yang dibimbing oleh aku. Diharapkan usaha kecil ini adalah setimpal dengan kejayaan anak-anak pelajar di bawah aku kelak.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s