Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkasakan Bahasa Inggeris.


Cuti hujung minggu bagi aku pada minggu ini adalah biasa sahaja. Tidak semeriah seperti minggu lepas yang mana banyak masa dihabiskan dengan bersuka ria menceriakan diri. Perkara yang banyak aku habiskan pada minggu ini ialah menyediakan kertas ujian Matematik Tambahan dan Sivik.
Iye lah dah sampai giliran. Ujian bulanan kali ke-3 ini bakal berlangsung pada minggu depan. Sekejap betul masa berlalu. Aku rasa macam baru lagi. Haha. Di sekolah aku dan aku anggap di sekolah lain pun sama, boleh dikatakan hampir semua guru yang berminat dengan perkembangan terbaru pada minggu ini telah menjadi sebahagian daripada cakap-cakap di kantin. Antara isi perbualan itu adalah tak lain tak bukan berkenaan dengan pengumuman Kementerian Pelajaran dalam pemansuhan PPSMI pada tahun 2012. Hampir semua cikgu2 terutamanya yang mengajar Sains dan Matematik kini sudah mampu menarik nafas lega dengan keputusan yang telah dibuat ini. Aku tak ingin mengupas panjang lebar dalam blog ini kerana korang semua boleh baca dalam suratkhabar tentang kesignifikan dasar ini. Dan semestinya aku menyokong tindakan pemansuhan dasar PPSMI ini yang dilihat tidak dapat memberi kelebihan kepada pelajar-pelajar di luar bandar. Ada satu perkara yang aku minat apabila mendengar ‘tagline’ ini iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkasakan Bahasa Inggeris.

About these ads

2 Komen on “Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkasakan Bahasa Inggeris.”

  1. alberangque berkata:

    Tagline “Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkasakan Bahasa Inggeris” adalah ungkapan yang akan menjadi siulan dan omongan dikalangan orang-orang besar KPM, JPN,PPD sehinggalah kepada Pengetua/GB,GPK dan ketua bidang bahasa sepanjang hari-hari mendatang.
    Keduanya nanti banyaklah kursus yang berkaitan.
    Ketiganya akan adalah berbagai program disekolah untuk murid-murid dan guru-guru berkaitan.
    Apa-apa pun mana-mana yang positif ambil dan laksanakan demi kejayaan generasi masa depan. Mana-mana yang meletihkan, tinggalkan perlahan-lahan.
    Kepada para guru buatlah apa yang patut untuk kejayaan anak didik anda sekelian. Itulah sumbangan besar anda kepada negara.

    • ahamimokhi berkata:

      terima kasih kpd en. yusof yg sudi beri komen dlm ‘post’ blog ini……
      ya! saya setuju dgn pendapat itu…….
      begitulah proses yg terjadi apabila sesuatu dasar pendidikan itu diubah demi generasi masa depan……..
      dan selaras dengan kelangsungan hidup Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan pada zaman mendatang……..
      per2 pun saya tetap tidak menyokong PPSMI………..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.