Hari Ulangtahun; Segmen Blog; Kaedah Terbaik Mengajar Matematik Tambahan.


1. Bulan ini adalah merupakan bulan kelapan bagi tahun ini. Kesibukan tugas2 dalam mendidik anak bangsa di sekolah telah menyebabkan masa2 itu berlalu dengan pantas tanpa disedari. Apa yang selalu bermain di fikiran aku hanyalah penyelesaian tugas2 yang diberikan pada setiap hari dan menunggu duit gaji di hampir penghujung setiap bulan. Jadi pada bulan ini juga adalah merupakan bulan yang agak bermakna bagi aku setakat ini. Ini adalah kerana terdapat dua hari ulangtahun orang tersayang yang selalu aku ingati iaitu hari ulangtahun adik bongsu yang akan berumur 15 tahun kini dan satu lagi ialah hari ulangtahun teman yang aku boleh anggap sebagai sangat rapat. Tiap2 tahun memang aku tidak ketinggalan untuk mengucapkan hari lahirnya. Malahan  semasa aku masih belajar di UKM (banyak kenangan manis aku di situ), aku sanggup membelikannya hadiah walaupun kos sebenarnya adalah kecil. Yang penting bagi aku bukanlah nilai harga hadiah itu yang menjadi ukuran, tetapi keikhlasan dan rasa sayang yang wujud dari dalam hati nan tulus. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari lahir kepada kedua2 insan yang aku sayangi ini. Tidak ketinggalan diucapkan sekalung tahniah kepada kedua ibubapa aku yang telah menyambut hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-25 pada hari Sabtu lepas.

2. Setelah difikirkan sekian lama, maka telah wujud idea-idea ini di benak otak aku. Idea ini bukanlah sebagai menyaingi blog2 kawan yang lain. Tetapi sekadar menyerikan lagi kandungan blog ini supaya sentiasa versatil dan tidak berada di takuk yang lama. Apakah pembaharuan itu? Kena tunggu.

3. Setelah lebih dua bulan aku mengajar matapelajaran yang telah dianggap oleh ramai pelajar sebagai subjek pembunuh (killer subject) ini, aku telah dapat melihat dan mengesan beberapa kelemahan yang wujud di kalangan pelajar bawah seliaan aku ini. Antara yang paling utama ialah kurangnya mereka dalam mengulangkaji semula topik2 yang telah dipelajari di dalam kelas melalui latihan2 yang telah diberikan. Iye lah. Pemahaman dalam ilmu matematik ini hanya dapat dipertingkatkan melalui latihan2 yang banyak dan pelbagai berbanding dengan subjek2 lain.  Oleh itu, aku sudah dapat kesan terdapat sebilangan pelajar yang tidak pernah menghantar buku latihan mereka. Berkemungkinan mereka ini tidak membuat latihan yang aku berikan. Apabila kurang membuat latihan, senanglah dapat gagal dalam matapelajaran ini. Kalau nak dibandingkan dengan silibus mate tambahan yang aku hadapi terdahulu, silibus terbaru pada kali ini adalah lebih mudah dan lebih tersusun dari segi topik dan tahap kesukarannya. Tak percaya korang boleh rujuk pada buku teks yang terkini. Itu pun masih ramai yang gagal berdasarkan keputusan ujian 3  baru2 ni. Satu idea aku yang mungkin berkesan dalam meningkatkan pemahaman pelajar adalah dengan mewujudkan satu buku kerja sebagai latihan tambahan pelajar. Mungkin tahun depan idea ini baru dapat dilaksanakan. Di samping itu, kemahiran mengajar aku dalam subjek ini juga turut diperbaiki, dipertingkat dan diperkemaskan supaya setiap topik yang aku ajar dapat diserap dengan mudah ke dalam pemahaman pelajar. Ironi sangat situasi yang aku hadapi sekarang ini. Dulu aku selalu mendapat markah bergred gagal dalam subjek matematik tambahan. Tapi sekarang, dah jadi seorang cikgu yang mengajar subjek ini. Qada’ dan qadar Tuhan yang telah ditentukan untuk penerusan takdir aku.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s