Hari Konvokesyen Universiti.


Kalau korang selalu menyoroti iklan2 di dalam akhbar, mesti korang dapat perasan bahawa terdapat banyak iklan2 konvokesyen dari universiti2 utama yang sedang berlangsung di bulan ini. Kebanyakannya untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan para graduan dalam menggenggam segulung ijazah yang mana dapat dijadikan sebagai pengiktirafan bahawa mereka ini telah bersedia untuk mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajari demi kemaslahatan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Iklan ini juga turut telah menimbulkan nostalgia aku semasa aku bergraduat dari UKM pada tahun lepas. Jadi pada minggu ini merupakan hari konvokesyen di UKM, Bangi. Baru aku perasan rupa2nya sudah lebih setahun berlalu. Aku masih ingat tarikh itu iaitu pada 12 Ogos 2008, sidang ke-8, jam 1.30 petang. Perancangan awalnya, aku nak sangat pergi ke Pesta Konvokesyen yang sudah menjadi program tradisi bagi UKM apabila menjelangnya Hati Konvokesyen pada setiap tahun. Tapi nak buat macam mana. Terpaksa dibatalkan atas sebab2 tertentu. Kepada beberapa orang sahabat rapat aku di UKM iaitu Hakim (http://schizofonikmegs.blogspot.com), Azad dan Nuridham, aku ingin mengucapkan selamat bergraduasi kepada korang. Minta maaf sangat2 sebab tak dapat nak menyambut hari kegembiraan korang bersama2 atas sebab komitmen kerja yang perlu dibereskan. Per2 pun juga ingin diucapkan selamat menempuhi ke alam baru iaitu alam pekerjaan. Kepada kawan yang bergraduasi di universiti2 lain, selamat bergraduasi juga.


8 Komen on “Hari Konvokesyen Universiti.”

  1. Hakim berkata:

    hi mizan..thanks sbb sudi ucapkan tahniah kepada saya. terharu saya dibuatnya..tahun nie saya konvo sorang2 je tanpa family di sisi tp saya tak kesah cos junior2 yg ada skang nie pun bole dianggap family saya juga…lgpun my parents risau dengan h1n1 dan adik saya ada yang nk amik trial pmr.tak kesahlaa…yang penting i nk nengecap kebahagiaan berada di ukm nie wpun sekejap…

    • ahamimokhi berkata:

      wah!……..
      junior2 di sekeliling………
      tak menahan uols……….
      owh ye ke!……..
      nak buat macam mana dalam keadaan darurat nih kan………
      best tak pesta konvo tahun ni?………

  2. hayati berkata:

    ahlan wahsahlan..

    rupanya awk senior sy dlu..
    kbtulan saya pun sidang 8 jugak tahun ni…
    tapi saya pun tak sempat pergi ke Pesta Konvo tahun ni
    atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan..Lagi sedih tak dapat meraikan kawan2 dari fakulti lain yang bersidang pada waktu pagi.apa pn Konvo tahun ni memang begitu b’makna sekali..kenangan di UKM tak mungkin saya lupakan sampai bila2..begitu cepat masa b’lalu seperti rasanya baru semalam mendaftar dengan pakaian b’warna biru..terima kasih yang tak terhingga buat semua yang menjadi tulang belakang atas kejayaan graduasi ini..tahniah juga buat hakim dan semua pelajar UKM yang telah bergraduasi..Selamat menempuh alam pekerjaan yang suasananya sudah tentu berbeza sekali dari alam universiti..

    Selamat maju jaya semua…

    • ahamimokhi berkata:

      hi hayati………
      terima kasih kerana meluangkan masa di blog saya…….
      tu lah………
      sedih tak dapat pergi ke pesta konvo tu……..
      nak jugak jumpe kengkawan yang masih ada………
      tapi hal2 sekolah mesti diutamakan………

  3. hakim berkata:

    hai hayati…awak fakulti ape ek???kalo biru fep kan????
    tahniah atas kejayaan bergraduasi. yes…kenangan di ukm xakan dapat dilupakan sehingga ke akhir hayat. seronok sangat berada kat sana. rindu nye hanya Tuhan je yang tahu.tak gitu mizan???

    • ahamimokhi berkata:

      betul tu………..
      mmg rindu sgt tempt tuh………..
      al maklum la dh empat tahun bermastautin untuk study………..
      awk pun hakim apa kurangnya……….
      dengar2 smpai ada peristiwa menangis2 kat situ?………..
      ooooppssssss!………

  4. hakim berkata:

    saje je tau mizan. flashback2 i. tp itulaa…mmg menitis jugaklaa air mata nie bile kenangkan memori2 indah di ukm…tempat yg mengajar i erti kehidupan yang sbnr…

    • ahamimokhi berkata:

      tau xpe…….
      i pun sedey2 dlm hati je……..
      yg penting……….
      patah tumbuh hilang berganti…….
      kumbang bkn seekor bunga bukan sekuntum……..
      harimau meninggalkan belang, manusia meninggalkan bekas……..
      habis madu, cari la stok gula………..
      x gitew?………


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s