Minggu Ujian.


Minggu ini adalah minggu yang paling aku suka. Kenapa? Sebab minggu ini adalah minggu ujian bagi sekolah aku. Dan bagi bebudak Ting. 5 pula sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Dengan kata lain, minggu cikgu2 dapat berehat sementara dari mengajar tambah2 dalam bulan berpuasa macam nih. Kadang2 cemburu aku tengok cikgu2 yang mengajar kelas2 PMR sebab kelas diaorang dah abis silibus matapelajaran masing2. Cuma buat ulangkaji je. Tapi itu tak mematahkan semangat aku untuk menghabiskan silibus matematik tambahan dan sivik pada minggu hadapan.Yang tak tahannye apabila dah habis minggu ujian ini adalah aku kena tanda kertas bagi tiga kelas matematik tambahan dan empat kelas sivik. Huhu!!!!

Namun begitu, ada juga aku terfikir sesuaikah aku ini untuk mengajar matematik tambahan ini? Perlukah aku menukar subjek pengajaran matematik tambahan aku sekarang ini kepada subjek matematik biasa yang lebih senang diajar pada tahun depan? Bagi subjek sivik aku tak ada masalah. Cikgu Bahari pernah bertanyakan aku tentang ini. Tapi terus aku menjawab tak ada masalah. Entah apa yang bermain dalam fikiran aku ketika itu sampai dengan yakin memberi maklum balas sebegitu rupa. Bukan aku tak suka mengajar subjek ini. Cuma merasakan ada cikgu yang lebih berpengalaman dalam subjek ini. Tapi walau apa pun yang berlaku, paling penting adalah meneruskan agenda mendidik anak bangsa dengan penuh berdedikasi dan bersemangat.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s