3 Suasana Berbuka Puasa.


Suasana ‘Dahulukala’:

Dulu2, semasa aku masih ‘kecil’ hinggalah ke sekolah menengah, suasana berbuka puasa pada masa itu adalah amat menyeronokkan. Mana taknya, boleh dikatakan setiap hari aku dapat berbuka bersama2 dengan keluarga tercinta. Lepas tu, mak aku pada masa tu pun rajin memasak. Macam2 mak aku masak seperti nasi ayam, mee kari dan sebagainya. Sampai menjilat pinggan dan jari. Melampau la pulak kan. Masa dahulukala tu pun, ada jugak peristiwa yang aku tak boleh lupa masa kecik2 iaitu kadang2 ‘terbuka’ puasa awal. Hehe. Tak tahan dahaga beb waktu tu. Lepas tu apabila aku dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah berasrama penuh di Kelantan dan mengalami pengalaman berpuasa di sana, aku selalu pulak berbuka puasa dengan kawan2 dan geng2 di dewan makan. Pada masa tu, aku memang kecewalah dengan kualiti makanannya. Dah tu menu dia pun lebih kurang dengan hari2 biasa. Jadi nak tak nak, aku makanlah jugak. Boleh dikatakan satu dugaan yang mengujikan kesabaran aku pada waktu tu.

Suasana Tak Lama Dahulu:

Suasana pada waktu ini adalah suasana yang aku paling suka. Mestilah tak lain dan tak bukan iaitu suasana berbuka puasa semasa menghabiskan tahun2 pengajian di UKM tidak berapa lama dahulu (adalah setahun lebih dah berlalu). Pada masa ini, aku selalu berbuka bersama2 dengan halim, madi, pendy, ehsan dan ramai lagi lah. Kalu jenis rajin sikit hari tu, aku gagahkan diri dengan menaiki bas untuk ke bazar Ramadhan yang terletak di kawasan Bangi nih. Al maklum la aku waktu tu takde kenderaan sendiri . Hanya sepasang kaki ni je yang menjadi kenderaan semulajadi aku selama 4 tahun di situ. Bila dikenang balik dalam memori otak aku ni, tersenyum sorang2 diri. Hehe. Bukan gila ya!!!!

Suasana Sekarang:

Sejak dah menjadi penjawat awam yang paling mulia ini (pandai2 bagi title sendiri), aku sudah berjauhan dengan keluarga. Semuanya atas satu pengorbanan dan tuntutan untuk mendidik anak bangsa supaya boleh berdikari dan cemerlang dalam bidang2 yang dipilih mereka. Oleh itu, aku selalu jugalah berbuka seorang diri. Kalau rasa bosan sangat, aku berbuka kat umah atuk aku yang tak berapa jauh. Bila dah bosan dengan hidangan lauk-pauk dan minuman yang stereotaip di bazar Ramadhan tu, aku gagahkan diri untuk memasak sendiri hidangan yang diidam2kan. Ada sekali, aku nak cubalah memasak makaroni goreng. Tapi hasilnya amat mengecewakan aku. Tak sedap langsung (bukan sebab aku tak pandai masak ye). Terus teringatkan masakan air tangan ibuku. Dah la letih nak menyiapkan bahan-bahan benda alah tu. Jadi aku mengambil keputusan baik beli kat bazar je. Sejak bulan puasa ni pun aku dah dapat kenalpasti pusat2 bazar Ramadhan kat sini. Kalu nak banyak pilihan, pergi je kat tapak pesta yang terletak di sebelah SMK Datin Onn. Kalu dah sampai tahap pengsan a.k.a malas, beli je kat bazar dekat ngan umah. Huhu.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s