Anak Pelajar Bermasalah.


Semenjak aku mengambil alih tampuk pengurusan kelas 4 Ros, terdapat beberapa kes disiplin yang telah timbul dari kalangan ahli di dalamnya. Macam hari ini, dua orang pelajar perempuan telah bergaduh di dalam kelas. Hebat betul kuasa mereka di bulan penuh barakah ini. Keluarlah segala macam kata2 pedas dan ganas serta aksi tumbuk-menumbuk dan tarik-menarik telah dipaparkan kepada para pelajar di sekitarnya. Itupun aku mengetahuinya melalui seorang guru yang kebetulan lalu di kawasan kelas aku selepas mengajar di tingkat yang sama. Cikgu ini telah menyerahkan nama kepada aku untuk diambil tindakan selanjutnya. Aku selaku guru kelas terpaksalah memikul tanggungjawab dengan membawa mereka ke badan disiplin sekolah. Ironinya, kedua-dua perempuan yang bergaduh ini merupakan satu geng yang boleh dikatakan akrab dengan sifat keegoan dan kedegilan mereka. Boleh juga dikatakan sebagai otai bagi pelajar perempuan di sekolah aku. Sehinggalah ke minggu ini yang mana keakraban mereka akhirnya goyah dan seterusnya menjerumuskan diri mereka ke dalam pergaduhan pada tengahari tadi. Setelah diarahkan oleh pengetua untuk menemui kedua2 pelajar ini, maka barulah aku mengetahui punca sebenar pergaduhan ini. Puncanya hanyalah satu perkara yang boleh diselesaikan dengan mudah. Tetapi menjadi teruk apabila salah satu pihak tidak mengalah dan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain. Apalah nak jadi dengan pelajar kita sekarang nih? Masih lagi tidak mampu untuk berfikiran waras dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Sebab itu diwujudkan matapelajaran Sivik untuk mendidik mereka dalam mengawal emosi dan tindakan supaya lebih bersikap rasional dan berhemah. Kepastian yang jelas adalah tindakan yang bakal dikenakan ke atas dua orang ini pada keesokan hari. Panggilan kedua2 belah pihak ibubapa pelajar ini akan menjadi medan untuk memutuskan tindakan disiplin yang setimpal dengan kesalahan berat yang telah dilakukan. Dan ini telah menjadikan aku berpengalaman tentang bagaimana untuk menguruskan masalah seperti hari ini.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s