Yang Sudah Selesai, Yang Hampir Selesai, Yang Belum Selesai..


Yang sudah selesai:

1. Membayar Zakat Fitrah

Berpuasa tahun ini merupakan satu pengalaman yang lain daripada yang pernah aku hadapi sebelumnya. Semestinyalah aku kini telah hidup sebagai orang bujang yang mempunyai pendapatan sendiri hasil daripada membanting tulang dalam mendidik anak bangsa. Walaupun tahap keinginan untuk memasak sendiri adalah tinggi, bazar Ramadhan jua lah yang tetap menjadi destinasi pilihanku dalam memenuhi tuntutan untuk berbuka puasa. Di samping mengambil kesempatan untuk menunaikan solat tarawikh yang memiliki pelbagai keberkatan dan mencari malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan, juga dapat dikatakan pada bulan Ramadhan tahun ini adalah merupakan pengalaman pertama aku dalam menunaikan ibadat zakat fitrah yang amat dituntut oleh ajaran agama kita. Kadar zakat fitrah bagi kawasan aku pada tahun ini adalah bernilai RM7.50/tanggungan. Disebabkan aku masih lagi ‘single’ (tak bermingle lagi), oleh itu jumlah zakat fitrah yang perlu dibayar hanyalah untuk satu tanggungan sahaja iaitu diri aku sendiri. Namun kini aku telah boleh menarik nafas lega kerana telah berjaya menunaikan tanggungjawab ini kepada amil yang kebetulan rumahnya tidak jauh dari rumah aku. Alhamdulillah!

2. Menanda kertas ujian ke-4

Satu kesyukuran aku panjatkan kerana akhirnya berjaya juga aku menyelesaikan kerja2 penandaan yang agak memeningkan kepala otak aku. Mana taknya dengan pelbagai bentuk jawapan yang kadang2 memerlukan aku memikirkan maksud jawapan yang ingin disampaikan dalam soalan subjektif itu. Itu belum lagi dicampur dengan jalan pengiraan yang ditunjukkan dalam subjek Matematik Tambahan. Aku tak tahulah apa yang diaorang faham selama ni. Puas aku menerangkan satu persatu konsep2 yang perlu mereka ambil berat. Tapi masih juga tidak dapat menguasai. Bila bagi latihan, mengeluh sahaja kerjanya. Padahal sikit je soalan latihan itu.

Yang hampir selesai:

1. Menghitung hari untuk beraya

Setelah lebih tiga minggu kita menunaikan ibadah puasa, kini tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut 1 Syawal sebagai tanda kemenangan kita dalam mengharungi segala dugaan melawan hawa nafsu. Baik dari segi perkataan mahupun perbuatan. Sekejap sahaja masa2 itu berlalu.

2. Persiapan raya

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan persiapan aku untuk raya kali adalah sederhana sahaja. Walaupun tak dapat bonus gaji yang biasanya diumumkan oleh kerajaan setiap tahun, namun itu tidak mematahkan semangat aku untuk melakukan persiapan ini. Tak banyak benda baru yang aku beli. Baju raya aku yang ditempah pun dah siap dan telah diambil dalam minggu lepas. Beberapa baju T-shirt baru turut aku beli bersempena dengan musim jualan murah di Jusco Melaka hasil daripada kembalinya aku ke rumah ibubapaku hujung minggu lepas. Kalau dulu, mak bapak aku yang selalu membelikan semua itu. Kali ini aku sudah mampu untuk membelinya atas hasil titik peluh sendiri. Penyediaan duit raya juga turut tidak ketinggalan dalam persiapan ini. Cuma sekadar termampu untuk diberikan kepada anak2 buah aku yang agak ramai. Syukur kepada Allah s.w.t atas segala pemberian rezeki yang dilimpahkan-Nya.

Yang belum selesai:

1. Mengemas rumah

Sejak aku duduk di rumah sewa yang serba sederhana ini, belum pernah lagi aku melakukan kerja2 pembersihan secara besar-besaran. Boleh bayangkanlah berkepuk habuk di sudut2 rumah dengan suratkhabar lama yang bersepah di atas sofa. Seperti bidalan yang biasa diungkapkan oleh kebanyakan orang, rumah orang bujang katakan. Oleh itu, atas inisiatif sekolah dalam nak memeriahkan lagi suasana hari raya yang bakal menjelang, maka telah diumumkan pada hari Jumaat ini sebagai cuti peristiwa sekolah. Mengambil kesempatan atas cuti itu, aku telah merancang untuk mengemas rumah ini. Harap2 semangat rajin aku akan wujud pada hari tersebut.

2. Menyedarkan anak pelajar aku.

Dalam kemasukan yang lepas, aku ada menceritakan mengenai perihal anak pelajar aku yang bermasalah sehingga menimbulkan pergaduhan. Jadi rentetan daripada kejadian tersebut, maka kelas yang aku pegang itu kini telah menjadi perhatian pihak disiplin sekolah. Aku telah menyatakan perkara ini kepada semua anak pelajar aku itu supaya sedar dengan apa yang berlaku atas mereka sekarang. Aku juga turut meluahkan segala keluhan dan persepsi guru lain terhadap kelas tersebut yang utamanya begitu malas untuk membuat kerja rumah. Aku menyedarkan mereka bahawa mereka tak mungkin akan berjaya dengan cemerlang tanpa membuat kerja rumah. Apabila tidak cemerlang maka susahlah untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian yang mereka pilih memandangkan setiap tahun akan semakin ramai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Dan aku berharap usaha ini adalah berbaloi dan akan berterusan menyedarkan selagi mereka berada di bawah tanggungjawab aku.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s