Hari Kemas Mengemas.


Seperti yang telah direncanakan, maka hari ini bermulalah proses kemas mengemas rumah aku yang boleh dikatakan telah berkepuk dengan debu dan sesawang hasil pengumpulan selama 8 – 9 bulan jangkaan. Walaupun rancangan aku ini telah terlajak hingga ke pukul 12 tengahari (sebab mengantuk punya pasal), namun itu tidak mematahkan semangat rajin aku yang membuak-buak di benak hati nan tulus serta suci. Jadi, habis serata ceruk rumah aku telah jelajahi untuk memburu habuk2 dan debu2 dengan menggunakan kuasa penyedut vakum yang dipinjam dari rumah atuk aku. Nak mengharapkan kuasa penyapu tidak mencukupi. Dan akhirnya (voila!) rumah aku kini telah berubah dengan drastik terutama sekali ruangan beradu aku yang disayangi. Yang dulunya bagaikan gua sempit baru lepas kena gempa bumi dan hamburan air ombak tsunami (berselerakan dengan majalah2 dan bahan bacaan serta kain baju yang tidak berlipat) kepada sebuah bilik yang dapat menenangkan jiwa dan emosi aku. Per2 pun aku amat gembira dengan suasana baru ini.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s