Keletihan Ekstrem.


Sebenarnya aku nak menulis perkara ini semalam. Tetapi disebabkan keletihan yang agak melampau, terpaksalah aku merehatkan dan menidurkan diri sendiri sebagai salah satu daripada bentuk pengembalian tenaga dalaman aku agar dapat mengukuhkan kembali kekuatan mental dan fizikal diri dalam menghadapi kehidupan seterusnya. Ingin tahu kenapa?  Sebab dalam minggu ini terdapat beberapa perkara dan tugasan yang menyebabkan aku menjadi begini. Mana taknya dalam minggu ni, sekolah aku telah menganjurkan majlis jamuan Hari Raya. Biasalah kalau dah ada majlis macam ni, mula dibentuk jawatankuasa yang pelbagai melibatkan guru2. Yang paling dahsyatnya apabila ramai cikgu yang tiada dan berada dalam kesibukan seperti nak mengemaskini fail2 bersempena lawatan pihak JPNJ pada sehari sebelum, pergi mendaki Gunung Tahan, dan terlibat dengan sukan Piala Warisan. Jadi dalam mesyuarat kali kedua berkenaan jamuan ini pada hari Selasa lalu, telah disusun semula jawatankuasa terbabit akibat daripada banyak guru setiap jawatankuasa yang tidak dapat memberikan komitmen atas sebab yang telah nyatakan tadi. Agak bahaya juga situasi ini kalau dilihatkan kepada saiz majlis yang turut melibatkan jemputan dari orang luar. Entah semena-mena nama aku telah dinaikkan sebagai ketua jawatankuasa jamuan guru atas kapasiti sebagai salah seorang daripada AJK Tertinggi KEBIRU. Aduhai berat sungguh tugasan yang telah diletakkan di atas bahu untuk dipikul ini. Iyelah. Dah la kali pertama aku menguruskan perkara sebesar seperti ini ditambah pula kebimbangan diri menjadi bahan kutukan dan umpatan dari guru2 senior dan kakitangan sekolah yang mungkin tidak berpuashati dengan perjalanan dan pengurusan jamuan ini. Dan pada masa yang sama perlu memikirkan orang2 bawahan yang perlu aku cekup dalam waktu sesingkat ini memandangkan jawatankuasa ini diwujudkan pada saat2 akhir. Syukur kepada Tuhan apabila pada hari jamuan tersebut, ada beberapa kawan dan guru senior yang sanggup membantu aku menguruskan bahagian jamuan guru. Mungkin ada juga kasihan melihat situasi aku yang tidak menang kaki dan tangan untuk menguruskan perkara sebesar ini. Tiada perkara lain yang aku fikirkan waktu itu melainkan untuk memastikan jamuan ini berjalan lancar dan tiada cacat celanya. Tepat pada waktu yang dijadualkan, akhirnya semua makanan dan minuman telah terhidang di atas meja yang disusun ala buffet dan majlis jamuan guru pun bermula. Kegirangan hati aku pendamkan di hati apabila melihatkan masing-masing mengambil hidangan dengan penuh teratur dan menikmati juadah yang sedia ada dengan penuh kelazatan. Seperti biasa dalam majlis mana2 pun, kalau sudah beramai2 tu adalah wujud perkara yang tidak kena akibat daripada salah faham dan perselisihan pendapat di antara perkiraan diri sendiri yang tidak bijak dalam mengelakkan perbezaan agar dapat disepakatkan sesama pihak di bawah bumbung yang sama. Itulah peristiwa yang terjadi pada saat akhir majlis jamuan raya ini. Namun ia dapat diselesaikan dalam suasana penuh berhikmah. Per2 pun aku nak mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan2 dan guru2 senior yang telah menolong aku secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan jamuan guru ini.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s