Kerana Nasi Sebungkus, Aku Disaman.


Apa kaitan kedua-dua gambar ini yang menyebabkan tajuk blog aku seperti di atas?

Nasi BaryaniErm! Sedapnya apabila terpandang nasi ni. Nasi inilah yang buat aku mengidam hari ni.

Surat Saman Tempat Letak Kereta.Yang ini pulak surat saman yang aku terima tengahari tadi. Terus aku bermuhasabah diri kejap.

Jadi, begini ceritanya bermula. Apabila tiba hari2 hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Aku berasa semacam aman dunia di sekeliling aku. Iyelah. Aku dapat melepaskan segala tekanan yang terbuku di dalam diri dengan merehatkan minda dan fizikal agar dikumpulkan semula kekuatan yang ada untuk dihadapi lima hari bekerja akan datang. Tabiat aku dalam mengharungi hari hujung minggu biasanya akan dipenuhi dengan aktiviti2 yang agak special termasuklah dalam hal makan. Aku bercadangnya nak melantak asam pedas ikan kat Medan Asam Pedas di Parit Jawa tu. Maklum la aku bukan reti nak masak lauk ni. Emak aku je yang pandai. Tapi entah macam mana aku mengidam dan ‘terbelok’ ke arah Batu Pahat untuk menikmati nasi baryani Mat Shah (seperti gambar di atas) pulak. Dah tu macam mana aku boleh dapat surat saman? Ha ini kisah berikutnya. Apabila sudah membeli nasi itu (beli sebungkus je), aku membelok terus ke bandar. Dah alang2 ada kat bandar, aku pergilah ke bank untuk cucuk duit sementelahan dah semakin ringan dompet aku. Kebiasaannya aku cucuk duit pada waktu malam sebab tak kena kupon. Rugi je letak kupon kalau mengambil waktu yang singkat macam cucuk duit ni. Jadi, dalam kepala otak aku ni selalu menganggap kalau hari cuti tak payah la letak kupon macam tengahari tadi. Sampai kat bank, parking yang dekat dah penuh. Nak tak nak terpaksa aku letak jauh. Ada la dalam 8 – 10 minit kena jalan kaki. Masa aku  dalam jalan kaki tu, aku dah ternampak pegawai perbandaran berlegar2 di sepanjang lot parking. Itu pun aku masih tak tersentak lagi walaupun dah diberikan petanda. Lepas selesai cucuk duit dan kembali ke kereta aku, surat yang berwarna agak kemerahjambuan dah terpampang di wiper. Barulah aku sedar bahawa aku dah disaman buat pertama kali dalam hidup ini. Tempoh 14 hari telah ditetapkan untuk menunaikan bayaran saman tersebut (kadar bayaran saman seperti anak panah dalam gambar). Satu lagi masalah telah timbul selepas surat notis pembayaran PTPTN yang aku terima sebelum ini. Sepanjang pemanduan pulang ke rumah, aku asyik teringatkan saman itu padahal hari ini hari cuti. Akhirnya baru aku sedar cuma hari Ahad atau hari kelepasan am sahaja tak perlu letak kupon. Itulah salah satu kecuaian ingatan yang tidak sepatutnya berlaku. Nak tak nak terpaksa aku menapak ke kaunter pembayaran saman pada minggu depan dengan harapan dapat dikurangkan  bayaran itu memandangkan aku orang luar (plat kereta aku M, hehehe). Bila difikirkan balik kalau aku ke medan asam pedas tu, takde kena beban macam hari ni. Maka timbul satu pepatah Melayu ubahsuaian oleh aku iaitu kerana nasi sebungkus, aku disaman pegawai perbandaran.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s