Sekolah Satu Aliran.


Minggu ini, kita telah diwar2kan dengan satu cadangan awal yang aku kira amat baik untuk dilaksanakan di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum kerana ia dapat mengeratkan lagi perpaduan yang terjalin sekian lama . Banyak artikel dan ruangan berita dari media arus perdana turut menyiarkannya dan diperbincangkan sebagai satu wadah yang dapat dijadikan perhatian serius. Satu sistem sekolah baru iaitu sistem sekolah satu aliran di sekolah menengah (mungkin terhasil daripada konsep 1Malaysia) dicadangkan untuk diperkenalkan dan seterusnya dilaksanakan di semua sekolah di seluruh Malaysia. Malahan ia turut mendapat sokongan daripada kedua2 belah pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Namun, terdapat juga segelintir pihak terutamanya pemimpin dari MCA dan MIC tidak menyokong cadangan sekolah satu aliran dengan alasan terdapat banyak cara lain untuk memupuk perpaduan. Malah mereka juga bimbang identiti bangsa masing2 akan lupus dengan pelaksanaan cadangan ini.

Ulasan aku:

Alasan yang mengatakan¬† hilang identiti bangsa merupakan satu alasan yang klise bagi aku. Sejak dari dulu lagi. Bak pepatah Melayu, kalau nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sebenarnya aku akan lebih menyokong sekiranya dilaksanakan dari sekolah rendah lagi, bukannya di sekolah menengah yang boleh dikatakan agak lewat. Masih ingat lagikah pada konsep Sekolah Wawasan yang pernah diutarakan pada zaman Tun Dr. Mahathir masih menjadi PM? Pun tidak menjadi juga. Sebenarnya konsep sekolah satu aliran ini bukanlah nak me’Melayu’kan segala bangsa yang ada di muka bumi Malaysia. Tetapi nak memupuk perpaduan di kalangan pelbagai kaum dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai medium komunikasi utama untuk memupuk persefahaman. Janganlah salah faham bahawa sekolah kebangsaan itu sekolah Melayu sebaliknya sekolah itu untuk semua kaum. Kalau tidak dilaksanakan sekarang, bila lagi? Kita sudah merdeka lebih setengah abad. Takkan masih nak mengamalkan konsep pendidikan British (pecah dan perintah) yang lapuk itu. Sebenarnya kesan pengasingan pendidikan ini telah dapat dilihat sekarang seperti di sekolah aku. Adalah amat mengejutkan apabila ada sebahagian daripada pelajar bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa kebangsaan. Jadi apabila mereka tidak fasih berbahasa kebangsaan, bagaimana mereka nak berkomunikasi dengan orang lain dalam menyampaikan kehendak mereka yang kadangkala boleh menimbulkan salah faham di kalangan kaum lain. Jangan terlalu takut identiti bahasa mereka hilang. Kan KPM sudah mewujudkan pilihan subjek bahasa elektif seperti Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan lain2 lagi di peringkat UPSR, PMR dan SPM. Suruhlah anak2 mereka ambil dan daftar subjek itu kalau bimbang sangat identiti bahasa hilang. Cuba kita lihat rakan2 kita di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Di negeri2 tersebut, orang Cina dan orang India adalah golongan yang sangat minoriti. Tetapi persoalannya adakah identiti bahasa golongan itu hilang? Tidak sama sekali. Aku ambil contoh seorang kawan Cina Kelantan yang mengajar sama sekolah dengan aku. Aku lihat dia masih lagi boleh berbahasa Cina dengan baik apabila bersama guru2 Cina dan anak2 pelajar Cina lain. Malahan sampai ke tahap berkawan baik dengan seorang guru Melayu. Kalau ke mana2, dua orang tu je lah. Inilah hasil integrasi sekolah kebangsaan di negeri2 yang aku nyatakan. Dan aku pun selesa berkawan dengan dia sebab saling memahami antara satu sama lain walaupun tidak sebangsa. Kalaulah cadangan ini dapat direalisasikan, contoh terbaik yang aku telah nyatakan tadi bakal terjadi pada masa akan datang di negara kita.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s