Blajo ke Tak Blajo.


The Math Fun Use

Apa pendapat korang dengan kartun di atas? Bagi aku, kartun ini mempunyai beberapa kesignifikanan tersirat mengenai matematik yang bagi segelintir dari korang tidak suka dengan matematik malah wujud juga mempersoalkan kewajaran mempelajarinya. Jadi renungilah mesej yang ingin disampaikan daripada kartun ini.

Sementelahan berlalunya subjek peperiksaan yang aku ajar, maka menimbullah kertas2 jawapan daripada pelajar2 kelas aku di atas meja. Walaupun ada segelintir orang yang berbangga apabila pelajar2nya menjawab soalan yang dikarang sendiri (mungkin atas kapasiti mengikut giliran membuat soalan), namun aku hanya lebih berbangga sekiranya soalan yang dikarang sendiri itu dapat dijawab dengan cemerlang sekali oleh anak2 pelajar di bawah aku. Jadi apabila menanda helaian2 jawapan itu, tidaklah pening kepala sangat untuk memikirkan kewajaran pemberian markah kesian supaya mendapat juga markah walaupun hakikatnya tak perlu beri markah pun. Dalam dunia realiti, terdapat dua perkara yang menyenangkan kepala otak apabila menanda kertas jawapan ini. Yang pertama ialah sekiranya pelajar2 kita itu dapat menjawab dengan cemerlang segala soalan seperti yang telah dipelajari oleh mereka dan diajari oleh kita. Yang kedua ialah sekiranya pelajar2 itu menjawab sedikit atau tidak menjawab langsung  soalan. Waaupun situasi yang kedua itu memudahkan aku dalam penandaan, namun begitu ia memberi perspektif yang berbeza sekiranya difikirkan. Sepanjang aku menanda kertas jawapan yang mana soalannya digubal oleh aku sendiri, didapati bahawa hasilnya amat teruk. Timbul persoalan di kepala otak. Apakah aku tidak cukup mengajar semua topik atau pelajar yang tidak belajar semula topik yang telah diajar? Aku tidak tahulah apa yang bermain di fikiran pelajar sepanjang pengajaran aku ini. Seolah2 macam tidak pernah belajar. Nak katakan ada pelajar yang jadi macam bawah ni, tak juga.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s