Hujung Tahun Pun Sibuk Juga.


Mungkin selama ini tanggapan aku adalah salah apabila tiba hujung tahun. Dulu masa sekolah tak kira lah sekolah rendah ke menengah, pada hujung tahun aku selalu menganggap bahawa cikgu2 ini sudah boleh berehat. Mana taknya. Buku2 teks yang dipinjam sudah dipulang. Cikgu nak mengajar pun silibus dah habis bagi tahun itu  setelah sebelumnya menghadapi peperiksaan akhir tahun. Jadi tinggal untuk bercuti sekolah sahaja. Kini apabila sudah menjawat jawatan yang mulia ini, barulah aku sedar perkara2 sebenar di belakang tabir hujung tahun ini. Banyak rupanya kerja2 perkeranian yang mesti dibereskan sebelum bermula cuti sekolah pada minggu hadapan. Sehinggakan pihak sekolah telah membuat jadual tindakan guru mengenai beberapa item penting supaya tiada yang ketinggalan. Ini juga untuk mengelakkan cikgu2 daripada dipanggil untuk bertugas semasa cuti sekolah. Yang paling berat ialah guru tingkatan. Kena menguruskan hal2 seperti pemulangan buku teks yang dipinjam, mengemaskini data pelajar, menilai sikap dan prestasi pelajar. Aduh memang tak menang tangan dibuatnya. Ditambah pula dengan kertas peperiksaan akhir tahun yang belum selesai ditanda. Lagilah haru dibuatnya. Per2 pun aku berharap semua tugas2 ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Barulah dapat bercuti sekolah dengan aman dan damai.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s