Roda Kehidupan.


Memang betul bak kata perumpamaan Melayu yang terkenal ini iaitu ‘hidup ini bagaikan satu pusingan roda, dulu kita duduk di bawah, dan kini kita berdiri di atas’. Lebih kurang gitulah maksudnya. Berikut adalah beberapa perubahan situasi yang telah berlaku di sepanjang hidup aku:

  1. Dulu aku belajar daripada ramai guru, kini aku sudah menjadi pengajar kepada ramai pelajar.
  2. Dulu aku selalu gagal dalam keputusan Matematik Tambahan, kini aku pula mengajar Matematik Tambahan yang selalu pelajar gagal itu.
  3. Dulu aku bertungkus-lumus belajar untuk menghadapi SPM, kini aku pula menjaga SPM sebagai pengawas peperiksaan.
  4. Dulu badan aku ‘sedang2’ sahaja, kini semakin bertambah ‘kecomelannya’.
  5. Dulu aku selalu mengharapkan bantuan kewangan daripada bank Pa & Ma, kini aku sudah memiliki sumber kewangan hasil daripada titik peluh mendidik anak bangsa.
  6. Dulu kalau aku nak ke mana2 terpaksa mengharapkan kaki dua kerat ini, kini kalau aku nak ke mana2 hanya mengharapkan empat roda berkuasa enjin 1600 cc.

Kadang2 aku ada juga terkenangkan banyak lagi perkara suka dan duka yang pernah aku alami dalam kehidupan ini. Namun, per2 pun aku cukup bersyukur dengan kehidupan yang dilalui sekarang. Aman, bahagia, bebas dan senang hati. Tetapi, aku masih mengakui bahawa pelbagai lagi ranjau dan duri yang perlu ditempuhi dalam menghadapi dugaan di masa2 mendatang yang susah untuk diduga.


2 Komen on “Roda Kehidupan.”

  1. Hakim berkata:

    mmg begitulah putaran hidup kita mizan..
    semoga bekalan kita mencukupi untuk melalui phasa putaran terakhir nnt..AMIN

    • ahamimokhi berkata:

      tu la uols oi…….
      i susah nak bayangkan apa yang berlaku di pengakhirannya……
      hanya mampu berdoa supaya segalanya dapat berakhir dalam keadaan baik2 hendaknya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s