Semoga Berjaya Menghadapi SPM.


Kini peperiksaan SPM sudah pun melangkaui minggu ke-2 dan bakal menjengah minggu yang ke-3. Dan beberapa kertas utama yang diambil mereka telah pun berjaya diharungi. Dalam tempoh menjaga SPM, aku boleh melihat pola menjawab soalan berdasarkan subjek yang mereka ambil. Yang pasti subjek Sejarah , Matematik dan Matematik Tambahan merupakan subjek2 yang menyebabkan ada pelajar yang jenis tak sedar diri boleh tidur semasa peperiksaan berlangsung. Malah ada yang mengambil langkah berani untuk tidak menghadiri peperiksaan bagi subjek yang mereka telah daftar seperti subjek Matematik Tambahan. Mungkin mereka masih lagi menganggap bahawa dunia remaja ini perlu diterokai sepenuhnya. Tapi tidakkah kamu sedar bahawa tanpa bekalan ilmu yang cemerlang bagaimanakah kamu ingin mengharungi dunia yang semakin rencam dan mencabar di masa akan datang. Tambah2 dengan ekonomi seluruh dunia yang masih belum stabil sepenuhnya. Jangan selalu menganggap rezeki itu di mana2. Tapi ingat rezeki itu takkan tergolek di depan mata kalau tanpa usaha dari diri sendiri. Per2 pun bagi adik2 yang masih sedar diri, nak ucapkan semoga berjaya dalam mencapai target SPM tu ye.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s