Ketua Pengawas SPM?


Semalam dan hari ini mencatat sejarah aku dalam menjadi pengawas SPM ini. Sudahlah pertama kali menjadi pengawas, lepas tu pertama kali pulak jadi pengawas di hospital. Apa yang aku suka ialah kena jaga di sebuah hospital swasta di sini (pertama kali dalam hidup menjenguk hospital swasta). Di mana seorang calon persendirian dari sekolah lain telah mendaftar masuk ke situ. Sedikit kelam kabut juga sebab calon itu bukan dari sekolah yang aku jaga serta aku pun bukanlah on duty untuk jaga SPM semalam. Tiba2 apabila sampai kat sekolah, automatik aku telah dilantik sebagai ketua pengawas hospital untuk calon itu. Nasib baik seorang sajork. Itu pun kali pertama juga. Boleh dikatakan aku telah mencapai tahap pertama kali berganda tiga (triple first time level). Sebenarnya jadi ketua pengawas ini bukan satu kerja yang senang. Ada banyak risiko perlu ditanggung terutamanya berkaitan dengan pengendalian skrip jawapan calon apatah lagi calon hospital. Ada beberapa borang mesti diisi dan dilengkapkan dengan sempurna untuk memudahkan tugas pihak yang seterusnya. Perbezaan yang ketara dalam menjaga kedua2 situasi yang aku alami ialah dari segi kefleksibelan masa dan tempoh menjawab calon serta keselesaan manghadapi kedinginan penghawa dingin. Al maklum menjaga di hospital swasta. Lagipun jawatan ketua ini sebenarnya untuk sementara sahaja sementelahan calon yang sakit itu dijangka akan pulang ke rumah pada hari ini. Kalau tak, tak pasal2 aku kena panjangkan tempoh menjaga SPM sampai ke hari pengakhirannya. Tak sanggup aku nak tengok kawan2 yang sama pusat sebelum ini boleh relaks awal. Walaupun semua situasi ini aku mengalaminya buat pertama kali, namun ia telah memberikan aku serba sedikit pengalaman dalam hal ehwal dan prosedur dalam menguruskan sesebuah pusat peperiksaan pada tahun ini. Mana tahu mungkin tahun depan nama aku naik semula.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s