Terlupakah Aku?


Selalunya aku berpegang pada prinsip bahawa segala masalah yang melanda dan dihadapi dalam diri boleh diselesaikan melalui jalan penyelesaian ciptaan sendiri. Mungkin prinsip ini boleh diaplikasikan dalam kebanyakan masalah tertentu namun bukan sesuai untuk kesemua jenisnya. Atas dasar tidak ingin menyusahkan orang2 yang kita sayangi, sebenarnya akan berbalik semula segala bebanan itu kepada kita sendiri dan seterusnya terpalit juga kepada orang2 disayangi itu. Itulah yang berlaku ke atas seseorang yang disejarahkan sebagai kawan baik aku dahulu . Tetapi aku tak ingin mengungkitkan semula cerita lama ini yang telah melukakan kawan yang sentiasa teguh setia di sisinya. Tinggalkan itu dan kita kembali semula ke jalan cerita aku ini. Dalam aku menghadapi kekalutan mencari jalan penyelesaian masalah yang perlu ditamatkan dalam jangka masa pendek, rupa2nya ada dua orang telah ‘memerhatikan’ aku dari jauh. Terlupakah bahawa kedua2 orang penting ini sebenarnya orang2 yang tidak mungkin membiarkan aku tergapai2 menjalani pelbagai ranjau dan rencam kehidupan kini. Tak lain tak bukan adalah kedua ibubapaku. Hari ini mereka telah membantuku tanpa banyak soal bicara. Tiada perkataan lain yang mampu aku ungkapkan selain daripada mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t dan diutuskan ucapan terima kasih kepada kedua2 orang tua yang ku sayangi ini. Dan aku sayang mak dan abah!



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s