Mmm Mmm Better Brownies


Bahan utama:

1/2 (118g) cawan butter cair

1 cawan gula

1 sudu teh esen vanila

2 biji telur

1/2 cawan tepung gandum

1/3 (80 g) cawan serbuk koko

1/4 sudu teh serbuk penaik

1/4 sudu teh garam

1/2 cawan walnut cincang (pilihan)

Cara membuat:

  1. Panaskan ketuhar kepada suhu 175 darjah Celcius. Griskan dulang pembakar yang bersesuaian.
  2. Di dalam mangkuk, putarkan bersama butter cair, gula dan esen vanila. Setelah agak sebati, masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Di dalam mangkuk lain, satukan tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan garam. Kemudian, sendukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil digaul ke dalam adunan di langkah 2 tadi. Ratakan adunan di dulang pembakar yang telah digris pada awalnya.
  4. Bakar dalam jangka masa 20 – 25 minit. Brownies telah sedia dipotong setelah dibiarkan sejuk.

Nota:

  1. 1 cawan = 237 gram
  2. Brownies sudah cukup masak apabila lidi yang dicucuk kelihatan bersih apabila ditarik keluar.
  3. Brownies ini menghasilkan 16 potongan.
  4. Jika suka, ia sesuai dimakan bersama aiskrim.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s